Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pemilik rangkaian kafe kongsi 'titik perubahan niaga'...

Oct 21, 2022 | 05:30 AM



EMPAT tahun setelah membuka perniagaan rangkaian kafe dan asrama, pengasas bersama The Black Hole Group, Encik Mustaffa Kamal, hampir putus asa.



Perniagaannya tidak serancak yang diharapkan, aduan diterima dari pelanggan, kakitangannya marah terhadapnya dan wang yang dibawa pulang hanya $500 hingga $1,000 sebulan jauh berbeza dari apa yang diperolehi ketika bekerja sepenuh masa.



"Saya menjadi bos yang demanding dan menjadi seorang yang sangat pemarah. Saya menanyakan apakah selepas empat tahun, wang yang saya bawa pulang hanya $500 hingga $1,000 sebulan? Saya bertemu dengan guru saya.



"Habib memberitahu saya adakah itu cara saya melihat perniagaan iaitu hanya dengan membuat duit? Beliau kata saya telah mewujudkan satu sistem eko yang membolehkan orang lain mendapat pekerjaan, menabung untuk membeli rumah, bertemu jodoh mereka dan mempunyai anak. Beliau memberitahu saya bahawa saya membentuk sistem eko untuk manfaatkan orang lain... itulah seharusnya menjadi matlamat perniagaan saya.



"Saya tidak pernah melihat perniagaan seperti apa yang dikatakan oleh Habib. Pertemuan itu adalah titik perubahan dalam perniagaan saya,'' kata Encik Mustaffa, 37 tahun.



Beliau mengongsi pengalamannya sebagai seorang usahawan muda yang berjaya membentuk rangkaian 15 jenama kafe di bawah naungan The Black Hole Group termasuk Tipo Pasta Bar dan The Great Mischief di acara Illuminate di Konvensyen Perniagaan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) di Akademi PSB semalam.



Mengongsi titik permulaan perniagaannya, mantan pegawai di Pertahanan Awam Singapura (SCDF) itu membuka sebuah asrama, The Shophouse, di Arab Street bagi menawarkan penginapan bajet bagi anak muda.



Di bawah asrama itu, beliau juga memiliki sebuah kafe dikenali sebagai The Working Title.



"Pada awalnya, ia amat sukar sebagai anak muda berusia 26 tahun untuk mendapat dana. Bank tidak mahu beri pinjaman... jadi saya jual kereta, rumah saya dan mengumpulkan duit dari rakan-rakan untuk disalurkan dalam perniagaan,'' katanya.



Nasihatnya kepada anak muda yang mahu berjinak-jinak dalam perniagaan agar hambatan awal tidak menghalang mereka dari mencapai cita-cita itu.



"Untuk hidup dalam sekitaran yang sukar ini, kita harus mempunyai matlamat dan faham mengapa kita buka perniagaan itu. Ia adalah peluang untuk kita jadi kreatif, lihat sekeliling dan kumpulkan sumber yang ada.



"Kita tidak boleh tunggu untuk keadaan menjadi sempurna. Jadilah seperti helang untuk menjadikan impian itu satu kenyataan,'' ujarnya, yang kini mempunyai 150 kakitangan.



Beliau juga menambah menjadi sikap konsisten juga amat penting dalam perniagaan.



"Lebih baik membuat kek yang sama sebanyak 1,000 kali, dari membuat 1,000 kek berlainan. Jangan putus asa jika kek yang kita buat kurang baik kerana kek selanjutnya akan lebih baik dari yang sebelumnya,'' tambahnya.



Beliau berkata peniaga tidak akan dapat ketahui apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang tetapi jika mereka dapat lihat langkah selepas ini, ia sudah cukup untuk mereka memulakan dan mengambil langkah tersebut.



Konvensyen itu turut dipamerkan menggunakan Metaverse yang membolehkan peserta mendengar ceramah dari keselesaan rumah mereka.



Metaverse, yang merupakan dunia maya tiga dimensi (3D) dalam Internet yang membolehkan interaksi sosial dilakukan seperti di dunia nyata, dibangunkan oleh firma pemula (start-up) teknologi pendidikan (Edutech), Meraki Academy, yang diasaskan oleh Encik Khairul Helmi, 36 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >