Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pendapatan isi rumah median naik pada 2023 meski inflasi

Feb 07, 2024 | 05:49 PM



Pendapatan isi rumah median di Singapura terus meningkat, walau setelah disesuaikan untuk mengambil kira inflasi.

Demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (SingStat) pada 7 Februari, sebagai sebahagian laporan Trend Pendapatan Isi Rumah Utama 2023.

Menurut laporan tersebut, pekali Gini – yang mengukur ketidaksaksamaan pendapatan – telah merosot lebih lanjut, jika dibandingkan dengan 2022.

Pekali Gini ini berdasarkan pendapatan isi rumah daripada pekerjaan bagi setiap anggota isi rumah sebelum bantuan pemerintah dan cukai, jatuh kepada 0.433 pada 2023, daripada 0.437 pada 2022.

Setelah mengambil kira bantuan pemerintah dan cukai, pekali Gini jatuh daripada 0.433 kepada 0.371.

Dalam kalangan isi rumah penduduk yang bekerja, pendapatan isi rumah bulanan median daripada pekerjaan meningkat sebanyak 7.6 peratus dalam istilah nominal – iaitu sebelum disesuaikan untuk mengambil kira inflasi – daripada $10,099 pada 2022 kepada $10,869 pada 2023.

Setelah mengambil kira inflasi, pendapatan isi rumah bulanan median daripada pekerjaan naik 2.8 peratus dalam istilah sebenar pada 2023.

Dari 2018 hingga 2023, pendapatan isi rumah bulanan median daripada pekerjaan bagi isi rumah penduduk yang bekerja meningkat 3.1 peratus secara kumulatif atau 0.6 peratus setiap tahun dalam istilah sebenar.

Mengambil kira saiz isi rumah, pendapatan isi rumah bulanan median daripada pekerjaan bagi setiap anggota isi rumah meningkat daripada $3,287 pada 2022 kepada $3,500 pada 2023 – satu peningkatan sebanyak 6.5 peratus dalam istilah nominal atau 1.7 peratus dalam istilah sebenar.

Dari 2018 hingga 2023, pendapatan isi rumah bulanan median bagi setiap anggota isi rumah naik sebanyak 10.5 peratus secara kumulatif atau 2 peratus setiap tahun dalam istilah sebenar.

Dari segi taburan isi rumah mengikut desil (satu daripada 10 bahagian bagi satu set yang telah dibahagi sama banyak), isi rumah di kebanyakan kumpulan pendapatan desil menyaksikan kenaikan dalam pendapatan isi rumah daripada pekerjaan bagi setiap anggota isi rumah secara purata.

Walaupun mereka menyaksikan peningkatan dalam purata pendapatan isi rumah bagi setiap ahli isi rumah dalam terma sebenar, isi rumah yang berada dalam desil pertama, ke-9 dan ke-10 mencatatkan penurunan sebanyak 1.7 peratus, 0.2 peratus dan 1.9 peratus.

Menurut SingStat:

“Sesetengah isi rumah yang bekerja di kalangan 10 peratus terendah memiliki kereta (16.0 peratus), mempunyai pekerja domestik (14.7 peratus), tinggal di rumah privet (8.0 peratus), atau tinggal bersama anggota isi rumah yang berumur 65 tahun ke atas (36.6 peratus) pada 2023.”

Isi rumah penduduk – termasuk isi rumah yang tidak ada orang bekerja – menerima $6,371 bantuan daripada skim pemerintah bagi setiap anggota isi rumah secara purata, iaitu lebih tinggi berbanding $5,859 pada 2021.

Pada 2023, pendapatan isi rumah daripada pekerjaan bagi setiap anggota rumah dalam isi rumah penduduk yang bekerja bagi semua kumpulan pendapatan, meningkat secara purata dalam istilah nominal, dengan kenaikan berbeza-beza daripada 2.5 peratus kepada 6.8 peratus.

Isi rumah penduduk yang tinggal di flat HDB satu dan dua bilik terus menerima bantuan kewangan paling banyak daripada pemerintah.

Pada 2023, setiap anggota isi rumah yang tinggal di flat HDB satu dan dua bilik menerima $13,623 secara purata daripada skim pemerintah, hampir seganda daripada yang diterima oleh isi rumah yang menetap di flat HDB tiga bilik.

“Ini disebabkan langkah-langkah dan skim yang dipertingkatkan pemerintah pada 2023 bagi mengurangkan kesan kenaikan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), serta inflasi yang lebih tinggi,” kata SingStat.

  • Pekali Gini jatuh daripada 0.433 ke 0.371 setelah mengambil kira bantuan pemerintah dan cukai
  • Pendapatan isi rumah bulanan median daripada pekerjaan meningkat daripada $10,099 pada 2022 kepada $10,869 pada 2023 dalam istilah nominal
  • Pendapatan isi rumah bulanan median daripada pekerjaan bagi setiap anggota isi rumah meningkat daripada $3,287 pada 2022 kepada $3,500 pada 2023
  • Setiap anggota isi rumah yang tinggal di flat HDB satu dan dua bilik menerima $13,623 secara purata daripada skim pemerintah



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >