Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendapatan PropNex capai $1b pada 2022

Feb 28, 2023 | 5:55 PM
Pengasas bersama, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif PropNex, Encik Mohamed Ismail Gafoor.
Pengasas bersama, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif PropNex, Encik Mohamed Ismail Gafoor. - PROPNEX

KEUNTUNGAN bersih kumpulan agensi hartanah terbesar Singapura, PropNex Ltd, mencecah $17.8 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022, peningkatan 24.5 peratus daripada $14.3 juta setahun lalu.

Pendapatan pula meningkat 23.3 peratus kepada rekod suku tahunan tertinggi sebanyak $298.4 juta, daripada $242 juta.

Ini disebabkan peningkatan dalam pendapatan komisen daripada perkhidmatan agensi dan daripada perkhidmatan pemasaran projek setelah Covid-19 reda, dan ekonomi bertambah baik, kata syarikat itu dalam kenyataannya pada Selasa (28 Feb).

Keuntungan sesaham (EPS) ialah 4.8 sen pada suku keempat 2022, lebih tinggi daripada 3.86 sen yang dicatatkan pada suku keempat 2021. Bagi keseluruhan tahun 2022, keuntungannya mencapai $62.4 juta dari $60 juta pada tahun kewangan 2021. Pendapatannya pula meningkat 7.5 peratus, mencapai $1 bilion, dari $957.5 juta. Pengasas bersama, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif PropNex, Encik Mohamed Ismail Gafoor berkata: "Kami telah menamatkan tahun kewangan itu dengan mencatatkan pendapatan rekod dalam sejarah PropNex. "Walaupun pelancaran projek baru terhad dan terdapat penurunan dalam kadar pertumbuhan harga rumah pada suku keempat 2022, kami berjaya menghasilkan set keputusan yang sihat berikutan pemulihan situasi Covid-19 dan ekonomi keseluruhan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg