Pendapatan SME bertambah lepas transformasi digital: Tinjauan DPPMS
Premium
Pendapatan SME bertambah lepas transformasi digital: Tinjauan DPPMS
Lebih separuh nikmati kadar peningkatan pendapatan 75-100% dan hampir separuh guna e-dagang
Apr 5, 2021 | 5:30 AM
BINCANG ISU PENDIGITALAN: Panelist webinar AMP (dari kiri) Pengarah Eksekutif DPPMS, Encik Azrulnizam Shah; Pengarah Pusat Lee Kuan Yew bagi Bandar Inovatif, Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD), Encik Poon King Wang; moderator Dr Johannis Auri; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif VersaFleet, Encik Shamir Rahim; dan Pengarah Urusan Asia, General Assembly, Cik Aziza Sheerin telah membincangkan pentingnya perniagaan dan pekerja mendakap transformasi digital. - Foto AMP -
SATU tinjauan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) mendapati transformasi digital telah membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) Melayu/Islam meningkatkan perniagaan, meskipun terdapat sebahagian yang tidak memahami sepenuhnya erti pengamalan teknologi tersebut.
Mendedahkan dapatan itu dalam webinar AMP mengenai isu masyarakat 'Community in Review', Pengarah Eksekutif DPPMS, Encik Azrulnizam Shah, berkata tinjauan ke atas 112 SME itu menunjukkan transformasi digital telah membuahkan hasil menggalakkan.

