Pendidikan menyeluruh pelbagai bidang oleh ayah ibu teras kejayaan Shirin adik-beradik
Premium
Pendidikan menyeluruh pelbagai bidang oleh ayah ibu teras kejayaan Shirin adik-beradik
Nov 14, 2021 | 5:30 AM

BAWA PERUBAHAN: Cik Shirin telah membawa banyak perubahan semasa memimpin ADB termasuk memodenkan sistem IT. - Foto ADB -
PENDIDIKAN menyeluruh yang didedahkan kepada Cik Shirin Hamid dan adik-beradiknya sejak kecil dalam bidang muzik, sukan dan kemasyarakatan oleh ibu bapanya menjadikan beliau berani, berdikari dan tidak takut menghadapi kegagalan.
Mengimbas kembali zaman kecilnya, beliau mengenangkan bagaimana masanya diluangkan bersama kumpulan nasyid Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau dan menjadi anggota bengkel kanak-kanak di bawah Mak Nona Asiah.

