PELAKSANAAN langkah meredakan pasaran hartanah yang dilaksanakan pada 30 September lalu mungkin menyebabkan harga hartanah merosot pada suku terakhir tahun ini.
Bilangan flat jualan semula yang dijual pada harga $1 juta dan lebih tinggi juga dijangka berkurangan, menurut para pengamat hartanah.
Pada suku ketiga, harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkat 2.6 peratus pada suku ketiga tahun ini, berbanding 2.8 peratus pada suku kedua.
Dalam langkah meredakan pasaran hartanah baru-baru ini, had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) bagi pinjaman rumah HDB diturunkan daripada 85 peratus kepada 80 peratus, yang bermakna pembeli rumah boleh meminjam jumlah lebih rendah daripada sebelumnya.
Mengenai masa depan pasaran jualan semula flat HDB, Ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berkata:
“Meskipun dengan pelaksanaan langkah meredakan harga hartanah terkini, indeks harga jualan semula HDB mungkin berakhir tahun ini dengan kenaikan 9.5 peratus hingga 11 peratus tahun demi tahun – perlahan daripada 12.7 peratus kenaikan harga pada 2021.’’
Malah, beliau juga menganggarkan bekalan flat HDB baru yang banyak oleh pemerintah, kesan langkah meredakan harga dan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, mungkin meredakan harga jualan semula flat HDB kepada pertumbuhan perlahan sekitar 5 peratus hingga 9 peratus tahun depan.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
29
0
Pengamat hartanah ramal harga hartanah susut suku terakhir tahun ini
Oct 28, 2022 | 07:20 PM