Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengamat jangka rombakan pada industri dormitori
PERUSAHAAN bagi sektor perumahan pekerja asing akan dirombak, susulan penularan virus Covid-19 yang dijangka menyaksikan pihak berkuasa memperketat piawaiannya, kata pemerhati, lapor akhbar The Business Times, hari ini.
Dengan koronavirus terus merebak di kuarters pekerja, sejumlah lapan dormitori sehingga Ahad lalu telah diisytiharkan sebagai kawasan pengasingan khusus di bawah undang-undang.
Keadaan sekitaran mendedahkan penghuni domitori kepada risiko jangkitan, kata Encik Satya Ramamurthy, ketua prasarana dan penjagaan kesihatan di syarikat perakaunan, KPMG , di Singapura.
Penganalisa bank DBS, Cik Ling Lee Keng, yang membuka liputan pengendali dormitory Centurion Corp dengan usulan 'beli' tahun lalu, memberitahu The Business Times: "Melihat kepada penularan luas Covid-19 di dormitori, terdapat kemungkinan pihak berkuasa akan menyemak peraturan sedia ada bagi menambahbaik mutu kehidupannya."
Undang-undang lebih tegas dan kos perniagaan lebih tinggi akan memaksa penyepaduan dan digitalisasi di kalangan pengendali dormitori dan pelanggan perusahaannya, sedang pasaran beralih ke arah penginapan menurut tujuan, kata penganalisa.
Kira-kira 135,000 pekerja asing kini menginap di kuarters sementara di tapak-tapak binaan, atau di kawasan perusahaan yang diubahsuai. Tetapi majikan boleh menempatkan pekerja di 43 kemudahan lebih besar, dilesenkan di bawah Akta Dormitori Pekerja Asing (FEDA), yang dihuni kira-kira 200,000 pekerja.
Pengendali hartanah berlesen FEDA termasuk syarikat berdaftar di papan utama Centurion, yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat Westlite yang menawarkan 28,000 katil; Labourtel, anak syarikat firma huraian logistik, Kumpulan MES, dengan 24,000 katil; dan syarikat Vobis Entreprise dalam Kumpulan Aik Chuan, dengan 21,000 katil.
Perniagaan bagi kemudahan pembinaan mengikut tujuan kini rancak, sayap Centurion, Westlite, yang juga punya perniagaan di Malaysia meraih $52.2 juta tahun lalu berakhir 31 Disember 2019, sebelum kos kewangan, keuntungan nilai pasaran wajar dan perkara lain.
Malah, dengan yuran bulanan antara $250 hingga $400 bagi setiap orang, pengendali dormitori berupaya meraih keuntungan. Labourtel menjana keuntungan kasar kira-kira $964,100 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019, berasaskan $4.25 juta pendapatan - sebelum mencatat kerugian bersih atas denda yang dihadapi kerana melanggar peraturan, lapor akhbar itu.
Jika tidak, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, Nexus Point Investments - sebuah usahasama melibatkan syarikat-syarikat pembinaan TA Corp dan King Wan Corp - menjana $14.2 juta dalam keuntungan kasar dari $17.6 juta yang diperolehinya.
Melihat kepada prospek niaga yang cerah, Centurion telah menarik perhatian tentang kekurangan 150,000 katil semasa taklimat pendapatan lewat Februari lalu.
Sedang Covid-19 telah memaksa model niaga dormitori, penularan virus yang sejauh ini belum ada penawarnya, telah menjangkiti pekerja asing di serata negara.
Kelompok terbesar S11 Dormitory @ Punggol, berdepan dengan 718 daripada keseluruhan 3,252 kes yang disahkan di sini semalam. Malah, S11 Dormitory @ Punggol, serta kelompik Covid-19 lain di Toh Guan Dormitory dan Sungei Tengah Lodge, juga mengalami penularan sakit campak tahun lalu.
