Premium
Pengamat: Sektor binaan S'pura diramal kuncup 10.3%
Langkah pemutus litar lebih ketat, jangkitan di kalangan pekerja asing antara sebab yang jejas teruk sektor binaan
Apr 30, 2020 | 5:30 AM
TERGENDALA: Kerja pembinaan laluan keluar sebuah stesen MRT ditangguh sedang tempoh pemutus litar dikuatkuasa di Singapura. Gambar di ambil pada 20 April 2020. - Foto EPA-EFE -
SEKTOR binaan setempat dijangka terjejas teruk oleh penularan Covid-19 pada jangka pendek dan dijangka menguncup mendadak sebanyak 10.3 peratus tahun ini pada kadar nyata, menurut Fitch Solutions.
Ini lebih rendah daripada ramalan sebelumnya, iaitu pengecutan 3.2 peratus, menjadikan Singapura pasaran paling terjejas teruk di rantau Asia-Pasifik, menurut firma ramalan pasaran dalam satu laporan kajian semalam.

