Premium
Pengasas firma teknologi nano dinobat Peniaga Terbaik
Oct 29, 2021 | 5:30 AM
TEKNOLOGI CANGGIH: Dr Shi mencipta teknologi semasa menjadi pensyarah NTU dan membentuk firma yang kini disenaraikan di SGX. - Foto NANOFILM TECHNOLOGIES INTERNATIONAL LIMITED -
SEMASA menjadi seorang pensyarah di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Shi Xu telah mencipta satu teknologi lapisan yang membolehkan komponen produk elektronik seperti lensa kamera dan kereta tidak rosak akibat cuaca panas atau dihakis.
Dari sebuah makmal, beliau membawa syarikatnya, NanoFilm Technologies International Ltd, menjadi sebuah syarikat perkilangan dan teknologi yang kini mempunyai 1,400 pekerja dan disenaraikan di Bursa Singapura (SGX) sejak tahun lalu.

