Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengasas TikTok kini antara individu terkaya dunia

Zhang Yiming dilaporkan miliki harta bernilai $79.9 bilion
Apr 21, 2021 | 05:30 AM



BEIJING: Pengasas TikTok, Encik Zhang Yiming, 38 tahun, dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak AS$60 bilion ($79.9 bilion), menjadikannya antara individu terkaya di dunia.



Dengan nilai kekayaan tersebut, meletakkan Encik Zhang sebaris dengan bilionair China lain seperti Pony Ma dari Tencent Holdings, pemilik syarikat minuman, Zhong Shanshan, serta keluarga Walton dan Koch dari Amerika Syarikat, menurut Bloomberg Billionaires Index.



Penggunaan aplikasi TikTok yang tular dengan pelbagai jenis video menyumbang kepada peningkatan pendapatan pengasas aplikasi itu.



Dengan penggunaan TikTok di seluruh dunia, Encik Zhang kini tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 yang terkaya dengan menduduki tempat ketujuh pada 2019.



Ia adalah berdasarkan daripada laporan Forbes yang memaklumkan Encik Zhang kini mempunyai kekayaan terkumpul sebanyak AS$60 bilion.



Encik Zhang sebelum ini memulakan TikTok dengan modal sebanyak AS$20 juta di bawah syarikat ByteDance termasuk syarikat Toutiao Group.



Beliau merupakan seorang lulusan kejuruteraan perisian daripada Universiti Nankai sebelum bekerja sebagai jurutera perisian di ByteDance.



Bersama ByteDance, beliau banyak membantu syarikat itu mencipta pelbagai perisian dan aplikasi keusahawanan yang kini digunakan di seluruh dunia.



Disebabkan sentuhannya itu, ByteDance kemudian menjadi 'start-up' paling mahal di dunia dengan nilai AS$75 juta.



Angka tersebut melepasi nilai syarikat Uber yang pernah direkodkan berada pada tahap AS$72 juta.



Encik Zhang dilaporkan mempunyai cara unik untuk mempromosikan aplikasi TikToknya sebelum dikenali di seluruh dunia.



Pada asalnya, beliau tidak mahu menggunakan TikTok kerana berasakan tidak sesuai dengan keadaan usianya yang sudahpun melepasi zaman remaja.



Namun, beliau kemudian tidak mengambil masa yang lama untuk berjinak dengan aplikasinya sendiri, kemudian mengarahkan pengurusan syarikat ByteDance untuk menggunakan TikTok.



Malah, kakitangannya itu juga diarahkan untuk membuat video-video tertentu dan dimuat naik ke dalam aplikasi TikTok masing-masing.



Jika gagal atau mendapat 'like' paling sedikit, pekerja berkenaan akan didenda dengan hukuman tertentu seperti tekan tubi dan sebagainya.



Bagaimanapun, Encik Zhang mempunyai cita-cita yang besar, beliau mahu TikTok terus berkembang dan memberikan saingan kepada laman web Google dan juga YouTube



Tahun lalu, syarikat permulaan yang diasaskan beliau, ByteDance Ltd. telah menerima tekanan daripada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, China dan India.



Amerika Syarikat semasa di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, mahu mengharamkan aplikasi TikTok dengan alasan perkhidmatan media sosial itu menjadi alat risikan China.



Pemerintah China turut dilaporkan telah menyekat aplikasi berkenaan, begitu juga dengan India yang mengharamkan sebahagian daripada aplikasinya.



Bagaimanapun, di sebalik tekanan tersebut, nilai saham syarikat dalam pasaran dianggar lebih AS$250 bilion, menurut sumber.



Pada tahun lalu, BytDance yang popular dengan aplikasi video pendek TikTok dan aplikasi berita Toutiao, merekodkan perolehan berganda, selepas mengembangkan perniagaan periklanannya meliputi e-dagang dan permainan video maya.



Syarikat tersebut dilaporkan dalam pertimbangan untuk penyenaraian awam bagi sesetengah perniagaannya.



"Yiming dikenali kerana pemikiran jangka panjangnya dan tidak mudah mengalah. Beliau merancang untuk membina perniagaan global," kata Encik Ma Rui dari firma Synaptic Ventures.



Berdasarkan laporan CB Insight, nilai ByteDance sebelum ini dianggarkan mencecah AS$180 bilion, peningkatan sebanyak AS$20 bilion dari tiga tahun lalu.



Namun, kini adalah masa yang sukar bagi bilionair di China.



Pengasas Alibaba, Encik Jack Ma sebelum ini telah didenda sebanyak AS$2.8 bilion atas dakwaan antimonopoli.



Pihak berkuasa negara itu dilaporkan telah mengarahkan 32 syarikat Internet untuk menerima amalan antipersaingan bermula bulan hadapan. - Agensi berita.




"Yiming dikenali kerana pemikiran jangka panjangnya dan tidak mudah mengalah. Beliau merancang untuk membina perniagaan global."
- Encik Ma Rui dari firma Synaptic Ventures.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >