Premium
Pengasas wang kripto FTX tidak mengaku salah
Jan 5, 2023 | 5:30 AM
DAKWA TIPU: Bekas Ketua Eksekutif FTX Sam Bankman-Fried menghadapi tuduhan penipuan yang mengakibatkan keruntuhan pertukaran mata wang kripto sehingga bankrap di Mahkamah Persekutuan Manhattan di New York City, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS -
NEW YORK: Sam Bankman-Fried mengaku tidak bersalah kelmarin atas tuduhan menipu para pelabur dalam pertukaran mata wang kripto FTX yang kini bankrap dan menyebabkan kerugian berbilion dolar.
Dia telah membuat rayuan di mahkamah persekutuan Manhattan di mana dia menghadapi lapan tuduhan jenayah, termasuk penipuan wayar dan konspirasi pengubahan wang haram. Bankman-Fried yang berusia 30 tahun itu telah dituduh merompak deposit para pelanggan FTX untuk membiayai dana lindung nilai Alameda Research yang dimilikinya, membeli hartanah dan menderma berjuta-juta dolar untuk menyokong politik.

