Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengeluar bebola ikan halal, DoDo, lebar sayap ke luar negara

Jan 04, 2024 | 05:05 PM



Syarikat pengeluar bebola ikan halal berjenama DoDo, merancang melebarkan sayap ke luar negara dan memikat generasi baru pengguna.

Sepanjang lima tahun lalu, jenama Dodo yang dikenali ramai di Singapura, memberi tumpuan untuk meningkatkan jualan di pasaran luar negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pemimpin generasi kedua syarikat induk DoDo, Thong Siek Global, Cik Novelle Lim.

Thong Siek, yang diasaskan oleh bapa Cik Lim pada 1976, kini giat berusaha meraih pertumbuhan selanjutnya, dengan sokongan firma katering makanan Neo Group, lapor The Business Times (BT).


Pada 2015, Neo Group, yang ketika itu merupakan syarikat tersenarai di papan utama Bursa Singapura (SGX), memperoleh pegangan 55 peratus dalam Thong Siek, dengan nilai pelaburan $7.4 juta.

Menyusuli pelaburan ini, Thong Siek memindahkan operasi pengeluaran DoDo ke kilang lebih besar di Senoko pada 2017.

Dengan keluasan lebih 150,000 kaki persegi, kemudahan baru itu mempunyai saiz lebih dua kali ganda berbanding premisnya sebelum itu di Senoko.

Sejak itu, syarikat itu telah berbelanja lebih $18 juta untuk menambah automasi dalam proses pengeluaran dan menaik taraf kemudahannya.

Menjelang akhir 2019, DoDo telah menggandakan kapasiti pengeluarannya untuk memenuhi permintaan yang meningkat, kata Cik Lim.

Hari ini, kilangnya di Senoko memproses 28 tan daging ikan sehari secara purata, manakala satu lagi kilang di Johor, Malaysia, memproses sekitar tiga tan daging ikan sehari.

Syarikat itu menggajikan sekitar 349 kakitangan di Singapura dan Malaysia.

Aneka jenis produk DoDo kini dieksport ke pelbagai negara di Eropah, Asia Tenggara, Amerika Syarikat, Canada, Dubai, Qatar, Australia, New Zealand, Mauritius dan Pulau Reunion.

Bagaimanapun, selama ini jenama itu hanya mempunyai seorang pengimport bagi setiap negara itu untuk mengedar produknya, kata Cik Lim.

Dalam usaha mengubah strategi pemasaran, Cik Lim kini ingin membahagikan pasaran Eropah dan Amerika kepada beberapa segmen dan melantik lebih ramai pengimport.

Kini, eksport luar negara syarikat itu menyumbang 40 peratus daripada keseluruhan jualan DoDo, naik daripada 20 peratus pada 2015.

Ia kini menanti kelulusan pihak berkuasa untuk mengeksport produk DoDo ke Arab Saudi, dan turut merancang meneroka pasaran Amerika Latin.

Di Singapura, DoDo turut membuat perubahan untuk memenuhi permintaan pengguna yang kian mementingkan kesihatan dan penjagaan alam sekitar.

Ini termasuk menghasilkan lebih banyak produk yang mendapat pensijilan ‘Healthier Choice’ daripada Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

Melalui penyelidikan dan pengembangan (R&D), jenama DoDo telah berjaya mencipta formula yang menggunakan garam rendah sodium yang tidak menjejas rasa, kata Cik Lim.

Ia melancarkan beberapa lagi pilihan produk bebola ikan rendah sodium pada 2018, dan kek ikan rendah sodium pada November lalu.

Tahun ini, DoDo merancang memasarkan stik ketam yang diperkaya dengan asid lemak omega-3, tambah Cik Lim.

Beliau turut menerangkan bahawa sebagai jenama yang menjadi sebutan ramai, DoDo perlu kekal segar dan menarik minat keluarga muda.

Antara lain, ia menjenamakan semula logonya pada Ogos lalu untuk memaparkan imej lebih “bergaya dan terkini”, jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >