Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengeluaran perkilangan Singapura tumbuh 1.2% pada Okt

Nov 25, 2016 | 2:35 PM
Pengeluaran perkilangan tumbuh dari segi tahun ke tahun hasil pertumbuhan 24.6 pengeluaran kelompok elektronik, disokong terutamanya oleh segmen semikonduktor, yang mencatat pertumbuhan keluaran sebanyak 41.7 peratus.
Pengeluaran perkilangan tumbuh dari segi tahun ke tahun hasil pertumbuhan 24.6 pengeluaran kelompok elektronik, disokong terutamanya oleh segmen semikonduktor, yang mencatat pertumbuhan keluaran sebanyak 41.7 peratus. - GAMBAR FAIL ST

PENGELUARAN perkilangan Singapura tumbuh 1.2 peratus pada Oktober lalu, berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura pada Jumaat.

Bagaimanapun, jika perkilangan bioperubatan tidak disertakan, pengeluaran merosot 1.4 peratus.

Dari segi perbandingan bulan ke bulan dengan penyesuaian musiman, pengeluaran perkilangan menguncup 0.1 peratus pada Oktober. Jika pengeluaran bioperubatan tidak dimasukkan, pengeluaran berkurangan 1.9 peratus.

Prestasi lebih baik dari segi tahun ke tahun itu datang sedang pengeluaran kelompok elektronik melonjak 24.6 peratus, disokong terutamanya oleh segmen semikonduktor, yang mencatatkan pertumbuhan keluaran sebanyak 41.7 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg