Pengusaha manfaatkan teknologi untuk tangani kos, bantu peniaga kendali perniagaan lebih berkesan
Premium
Pengusaha manfaatkan teknologi untuk tangani kos, bantu peniaga kendali perniagaan lebih berkesan
Jul 18, 2018 | 5:30 AM
KHIDMAT CANGGIH: Syarikat Adzaan Consulting Pte Ltd yang dimiliki Encik Aziz Gulam (kiri) telah melancarkan dan memperkenalkan aplikasi bimbit bagi menganalisa bunyi dan gegaran dan telah mengambil bahagian dalam Minggu Air Antarabangsa Singapura (SIWW) di Marina Bay Sands Expo, baru-baru ini. - Foto ADZAAN CONSULTING -
MENGURANGKAN kos tinggi dan membantu pelanggan mengendalikan perniagaan dengan lebih berkesan.
Matlamat ini sentiasa bermain di fikiran Encik Aziz Gulam - pemilik syarikat konsultasi kejuruteraan yang pakar dalam bidang pengurangan gangguan bunyi dan getaran, Adzaan Consulting Pte Ltd - apabila beliau memulakan kajian membangunkan aplikasi bimbit pada 2016.

