Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peniaga baru, warga SG kini rancakkan Haji Lane

Salun rambut, spa, butik dan kedai pastri gantikan kedai cenderahati yang ditutup disebabkan kurang pelancong
Feb 05, 2022 | 05:30 AM



DULU, kerancakan Haji Lane dek kehadiran ramai pelancong. Kini, warga Singapura yang membanjiri lorong di Kampong Gelam itu.



Kedai-kedai cenderahati yang disasarkan kepada pelancong di situ telah ditutup, memberi jalan kepada kedai menjual produk dan perkhidmatan bagi penduduk tempatan.



Ia mengubah wajah Haji Lane, yang kini menarik ramai peniaga baru merebut berniaga di sana. Antara syarikat yang dibuka semasa pandemik Covid-19 ini ialah Aura Beauty & Wellness, Lilit, Harnie's Beauty dan The French American Bakery.



Usahawan selebriti Singapura pemilik salun rambut Karva, Cik Rozza Ramli, membuka pusat kecantikan Aura Beauty & Wellness di 62 Haji Lane bersama dua rakannya, Cik Tasneem Noor, pemilik restoran Fika, dan Cik Cassandra Tan, yang juga seorang pemilik restoran.



"Kami melihat beberapa kedai yang dulu disewa oleh syarikat menjual cenderahati bagi pelancong tidak dapat bertahan disebabkan kurangnya pelancong.



"Ia membuka peluang bagi peniaga tempatan seperti kami membuka kedai di Haji Lane, yang kini menarik ramai warga Singapura yang melancong dalam negara sendiri,'' kata Cik Rozza, yang juga pemilik salun rambut bagi lelaki dan perempuan, Eri Su salun.



Dibuka bulan lalu, Aura menyediakan khidmat rawatan muka dan pengurusan berat badan bagi wanita.



Pemilik Harnie's Beauty, Cik Harnie Hamid, pula memindahkan kedainya dari Jalan Pisang ke Haji Lane selepas Hari Raya tahun lalu.



"Apabila pemilik kedai lama saya ingin menaikkan sewa ke paras sebelum Covid-19, saya rasa ia tidak munasabah memandangkan ramai peniaga masih menghadapi perniagaan lemah.



"Oleh itu, saya mencari lokasi baru dan mendapati Haji Lane sesuai bagi saya menyediakan perkhidmatan kepada semua orang dan bukan masyarakat Melayu/Islam sahaja,'' ujar Cik Harnie.



Menurut beliau lagi, perniagaannya di Haji Lane turut menarik golongan ekspatriat.



Sebuah kafe yang baru dibuka di situ ialah The French American Bakery, yang menjual pastri dan kek. Ia dimiliki Cef Siti Aishah Mohamad Lakhsani, yang mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang pastri.



Selepas jenama Duck milik usahawan Malaysia Vivy Yusof membuka kedai di Haji Lane, sebuah lagi jenama pakaian dari negara jiran itu, Lilit, dibuka di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >