Premium
Peniaga titi cabaran
Apr 21, 2020 | 5:30 AM
SIBUK SEJAK WABAK MENULAR: Encik Fairus Dasimin berkata beliau melihat kenaikan mendadak dalam permintaan bagi pembangunan laman web dan pemasaran media sosial daripada syarikat setempat sejak penularan Covid-19. - Foto ihsan FAIRUS DASIMIN -
PENGASAS syarikat Fastartup, Encik Fairus Dasimin, tidak menang tangan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, setelah langkah ketat mengekang penularan Covid-19 menyebabkan banyak perniagaan sedar yang mereka perlu meluaskan jangkauan dalam talian.
Beliau, yang menyediakan khidmat pemasaran digital dan reka bentuk grafik, dalam masa beberapa minggu lalu telah menerima banyak pertanyaan daripada syarikat dalam pelbagai industri termasuk keselamatan, kewangan dan perdagangan.

