Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

BERITA

Penjualan flat jualan semula HDB naik pada Jul meski harga meningkat

Aug 10, 2023 | 03:53 PM



Jumlah jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pulih pada Julai 2023 daripada penurunan yang diperhatikan pada bulan sebelumnya. Ini sedang harga jualan kekal naik.

Data kilat daripada portal hartanah SRX dan agensi hartanah 99.co yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan bahawa 2,056 flat jualan semula HDB telah diurus niaga pada Julai, meningkat 10.7 peratus berbanding bulan sebelumnya, walaupun 13 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Bagi jenis flat, 45.2 peratus jumlah keseluruhan untuk Julai datang daripada flat empat bilik. Flat lima bilik menyumbang 24.8 peratus, dengan 23.8 peratus daripada urus niaga jualan semula flat tiga bilik dan 6.2 peratus daripada flat eksekutif.

Majoriti atau 62.7 peratus jumlah jualan semula datang daripada estet tidak matang, dengan baki 37.3 peratus daripada estet matang.

Encik Luqman Hakim, ketua pegawai data dan analisis di 99.co, berkata pemulihan dalam jumlah jualan semula datang seperti yang dijangkakan selepas cuti bulan Jun.

Beliau juga menjangkakan sedikit peningkatan dalam jumlah urus niaga dalam beberapa bulan akan datang disebabkan penjadualan semula jualan Bina Ikut Tempahan (BTO) kepada September atau Oktober, bukannya Ogos.

“Kelewatan ini berkemungkinan akan memberi kesan pada tarikh pelaksanaan baki jualan seterusnya, lantas mendorong bakal pembeli beralih ke pasaran jualan semula,” katanya.

Pegawai eksekutif utama ERA Realty, Encik Eugene Lim, juga berpendapat pembeli rumah boleh kembali ke pasaran jualan semula HDB dalam masa terdekat.

“Pemohon yang tidak berjaya mendapatkan flat BTO mungkin akan kembali ke pasaran jualan semula pada separuh kedua 2023. Dengan hampir 18,000 rumah HDB mencapai tempoh penginapan minimum (MOP) mereka mulai 2022, pembeli rumah akan mempunyai pilihan yang lebih luas dalam pasaran HDB jualan semula untuk dipilih,” kata Encik Lim.

Harga jualan semula flat HDB kekal pada trajektori menaik, meningkat 0.3 peratus daripada bulan sebelumnya apabila harga estet tidak matang meningkat 0.4 peratus, dan estet matang mencatatkan penurunan peratusan yang sama.

Harga semua jenis bilik meningkat bulan ke bulan, kecuali lima bilik, yang turun sebanyak 0.3 peratus. Harga jualan semula flat eksekutif meningkat 1.2 peratus, manakala harga flat tiga bilik dan empat bilik masing-masing naik 0.3 peratus dan 0.2 peratus.

Dari tahun ke tahun, harga jualan semula flat HDB meningkat 7 peratus dengan kenaikan harga didaftarkan di semua jenis bilik. Rumah flat empat bilik mencatatkan kenaikan harga paling banyak pada 7.7 peratus, diikuti oleh flat eksekutif (6.5 peratus), tiga bilik (6.8 peratus) dan lima bilik (5.8 peratus).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >