Premium
Penjualan flat jualan semula naik 13.1% bulan lalu
Apr 9, 2021 | 5:30 AM
DEMI ANAK YANG MEMBESAR: Cik Nur Hafizah (dua dari kanan), suaminya, Encik Farin Ahmad, dan anak-anaknya - (dari kiri) Syed Qusyairi, Nur Armel Qaisarah dan Shariffah Qistina, akan berpindah ke flat lebih besar. -
SELEPAS merosot pada Februari sejajar dengan musim perayaan Tahun Baru Cina, bilangan flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang bertukar-tangan meningkat 13.1 peratus mencapai 2,448 bagi bulan lalu berbanding Februari.
Jika dibandingkan dengan setahun lalu, ia juga menjulang 25.6 peratus berbanding Mac tahun lalu, menurut kenyataan gerbang hartanah SRX.

