Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenyambut tamu jalani program peningkatan dakap teknologi baru
JALANI LATIHAN: Kakitangan concierge di hotel Parkroyal Collection Marina Bay, Encik Alfyro Ozaer Al Johary (kiri), menjalani latihan sejak Ogos lalu selepas hotel itu menerapkan penggunaan teknologi, seperti sistem concierge digital, untuk menyediakan pengalaman lebih baik dan lancar kepada tetamu. - Foto BH oleh KEVIN LIM -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 28, 2020 | 5:30 AM
SEBAGAI kakitangan concierge, Encik Alfyro Ozaer Al Johary berusaha menyediakan khidmat yang terbaik kepada tetamu yang datang menginap di hotel Parkroyal Collection Marina Bay.
Tugas beliau, antara lain, menyambut tetamu yang datang ke hotel itu dan menjadi tempat rujukan bagi mereka mendapatkan bantuan dan maklumat, termasuk menjawab segala pertanyaan dan menguruskan permohonan serta menyelaraskan rancangan perjalanan.
