Penyedia khidmat kahwin antara penerima Anugerah SME Terbaik 2015
Premium
Penyedia khidmat kahwin antara penerima Anugerah SME Terbaik 2015
Irmaya Wedding Gallery yang baru berusia lima tahun pernah diiktiraf dengan beberapa anugerah perniagaan
Mar 26, 2015 | 5:30 AM
PENTINGKAN MUTU: Encik Irwan Rohani dan isterinya, Cik Nurmaya Haji Mohd Salleh, membuka Irmaya Wedding Gallery lima tahun lalu dan telah memperluaskan perniagaan daripada katering hingga kerusi meja, hiasan, andaman, fotografi dan videografi. - Foto IRMAYA WEDDING GALLERY -
APABILA pasangan suami isteri Irwan Rohani dan Nurmaya Haji Mohd Salleh mula berniaga lima tahun lalu, mereka hanya menyediakan khidmat katering bagi majlis perkahwinan.
Tanpa mereka sangka, perniagaan itu berkembang hingga ia kini menyediakan khidmat perkahwinan "dari A ke Z" - daripada katering hingga kerusi meja, hiasan, andaman, fotografi dan videografi.

