Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perjalanan udara sedunia 2024 dijangka lepasi paras pra-Covid-19: Pakar

Dec 26, 2023 | 03:20 PM



Jumlah perjalanan udara sedunia dijangka melebihi paras sebelum Covid-19 pada 2024, sedang rantau Asia-Pasifik mencatat pemulihan penuh, kata pemerhati industri.

Dengan didorong permintaan berterusan, ini berpotensi menjadikan 2024 sebagai tahun amat baik bagi keuntungan syarikat penerbangan, lapor The Straits Times (ST).


Industri penerbangan mengalami pemulihan ketara pada 2022 dan 2023, setelah bangkit daripada kerugian besar semasa era pandemik, dan kini meraih jumlah trafik penumpang yang hampir pada paras 2019.

Bagaimanapun, masalah bekalan yang berterusan dan margin keuntungan yang tipis terus menjadi halangan kepada prestasi penerbangan yang kukuh.

Ketua Pengarah Persatuan Penerbangan Asia-Pasifik (AAPA), Encik Subhas Menon berkata: “Pada 2024, perjalanan udara akan pulih sepenuhnya.”

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata) meramalkan bahawa pada 2024, syarikat pesawat akan meraih keuntungan sebanyak AS$25.7 bilion ($34 bilion) dengan pendapatan AS$964 bilion.

Ia menjangkakan semua wilayah akan mencapai paras penumpang prapandemik menjelang akhir 2023, kecuali Asia-Pasifik yang dijangka pulih sepenuhnya pada awal 2024.

Bagi 2023, jumlah trafik udara, yang diukur berdasarkan jumlah hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) di peringkat sedunia, dijangka 38.4 peratus lebih tinggi daripada 2022, tetapi masih 4.8 peratus lebih rendah berbanding 2019.

RPK adalah penunjuk utama bagi permintaan penumpang dan prestasi syarikat penerbangan. Iata menjangka RPK berkembang 9.8 peratus pada 2024, dan naik 4.5 peratus lebih tinggi daripada paras 2019.

Perangkaan itu berdasarkan unjuran 4.7 bilion penumpang udara pada 2024, iaitu, 9 peratus lebih tinggi daripada 4.5 bilion pada 2019.

Prestasi kukuh pada 2023 memberi petanda baik bagi 2024, kata pemerhati.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) di penyedia khidmat lapangan terbang Sats, Encik Manfred Seah, berkata: “Pemulihan perjalanan penumpang sedunia adalah menggalakkan, walaupun dengan ekonomi makro tidak menentu yang berterusan dan keadaan geopolitik ketika ini.”

Encik Menon turut menyebutkan trend di mana penumpang kini membuat perbelanjaan bukan keperluan yang lebih terarah kepada perkhidmatan seperti makanan dan minuman, hiburan serta pelancongan, dan bukannya barangan. Beliau percaya trend itu akan berterusan pada 2024.

Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan pelancongan, FCM Travel Asia, Encik Bertrand Saillet, berkata, permintaan lebih tinggi telah menaikkan tambang penerbangan di Asia. Misalnya, tambang kelas ekonomi di rantau ini kini naik 21 peratus.

Bagaimanapun, unjuran Iata amat bergantung kepada pemulihan kukuh dalam pasaran China.

Encik Menon menjelaskan pelbagai faktor kini menghalang pemulihan trafik penumpang dari China, termasuk ketidakstabilan dalam pasaran hartanah di negara itu, mata wang yang lemah, bilangan pelajar China yang menuntut di luar negara berkurangan, dan jumlah belia menganggur yang meningkat.


Permintaan khidmat penerbangan yang meningkat mungkin juga dikekang oleh bekalan pesawat yang terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Airlines (SIA), Encik Goh Choon Phong, menjangka kapasiti SIA mencecah sekitar 92 peratus paras prapandemik pada Disember.

Ia sukar mencapai prestasi lebih baik sebahagiannya disebabkan kelewatan dalam penghantaran pesawat dan alat ganti pesawat.

Jurucakap SIA berkata tempahan bagi 31 pesawat Boeing 777-9, yang dijadual dihantar pada 2024 telah tertangguh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >