Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perkongsian Switzerland-S’pura kembang maju dalam inovasi dan pendidikan

Aug 01, 2023 | 03:41 PM



Singapura dan Switzerland mempunyai beberapa perkongsian sama dalam bidang inovasi dan pendidikan.

Kededua negara mengutamakan pendidikan, baik buat rakyat di samping banyak melabur dalam inovasi – perkara yang terpaksa diberi perhatian akibat kekurangan sumber semula jadi.

Modal insan merupakan sumber utama bagi kededua Singapura dan Switzerland, kata duta Switzerland ke Singapura, Encik Frank Grutter.

Namun, yang membuat kerjasama Switzerland-Singapura membuahkan hasil adalah pendekatan mereka yang berlainan, katanya.

“Anda mempunyai pendekatan dari bawah ke atas dan kebebasan inovasi dan kajian di Switzerland – dan pada masa sama, anda mempunyai pendekatan dari atas ke bawah yang lebih tersusun di Singapura, yang mempunyai strategi, menarik sumber untuk melaksanakan strategi dan memastikan semua pekerja berusaha menuju ke arah matlamat sama,” jelas Encik Grutter.

Kededua pendekatan itu agak berjaya, berdasarkan kedudukan seperti Indeks Inovasi Global Pertubuhan Hartanah Intelek Dunia (GII).

Switzerland menduduki tempat ke atas bagi GII sebagai negara paling inovatif di dunia untuk 12 tahun berturut-turut pada 2022, manakala Singapura secara konsisten berada dalam 10 tempat teratas, menduduki tempat ketujuh pada 2022.

Ini dipaparkan dengan baik, katanya, oleh Pusat Singapura-ETH (SEC) – yang ditubuhkan pada 2010 sebagai Makmal Bandar Masa Depan oleh ETH Zurizh – antara universiti paling cemerlang di dunia dalam bidang sains dan teknologi – dan Yayasan Penyelidikan Nasional Singapura (NRF) sebagai sebahagian kampus CREATE NRF.

Kini, setelah ditubuhkan selama 13 tahun, SEC kekal menjadi pusat penyelidikan utama yang dimiliki ETH Zurich di luar Switzerland dan telah berkembang menjadi hab penyelidikan oleh lebih 350 penyiasat utama, penyelidik dan kakitangan daripada pelbagai disiplin seluas seni bina, sains data, kejuruteraan, fiziks dan sains kesihatan.

Ia mempunyai lebih 50 projek – dibiayai menerusi panggilan geran penyelidikan, perkongsian dan tajaan – dengan penyelidik bekerjasama dengan universiti tempatan, pemain industri dan agensi pemerintah bagi menterjemah pengetahuan kepada penyelesaian praktikal untuk menangani cabaran kritikal dalam bidang kemampanan bandar, daya tahan dan kesihatan.

Pengarah pengurusan SEC, Encik Thomas Meyer, setuju bahawa gabungan pendekatan berlainan telah menghasilkan keuntungan.

“Di Switzerland, penyelidikan dilakukan secara berbeza, di tahap akar umbi, perbandaran dan divisyen kecil Switzerland.

“Kededua cara dalam melakukan penyelidikan mempunyai kekuatan masing-masing dan untuk SEC di Singapura, kami mendapat manfaat daripada pendekatan berpusat untuk mengendalikan penyelidikan yang menyelesaikan isu-isu penting di kededua Switzerland dan Singapura,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >