Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perlindungan insurans bagi deposit bank akan dinaikkan kepada $100,000

Sep 22, 2023 | 03:53 PM



Perlindungan insurans ke atas deposit bank akan dinaikkan kepada $100,000 bagi setiap pendeposit berbanding $75,000 sekarang, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Jumaat.

Langkah itu akan berkuat kuasa mulai 1 April tahun depan.

Ini akan memastikan 91 peratus pendeposit akan mendapat perlindungan penuh di bawah Skim Insurans Deposit (DI) MAS yang ditadbirkan oleh Perbadanan Insurans Deposit Singapura (SDIC).

Skim itu menawarkan perlindungan bagi semua deposit dolar Singapura yang dimasukkan ke dalam sebuah bank atau syarikat kewangan penuh.

Bank penuh diberi lesen di bawah dan dikawal selia Akta Perbankan dan boleh menjalankan aktiviti perbankan seperti pengambilan deposit dan pemberian pinjaman.

Had perlindungan untuk deposit dolar Singapura kali terakhir dinaikkan pada April 2019, daripada $50,000 kepada $75,000, melindungi 91 peratus pendeposit pada waktu itu.

Sejak itu, peratusan pendeposit yang diinsuranskan sepenuhnya telah jatuh kepada 89 peratus apabila pendapatan dan deposit meningkat.

Pada 27 Jun, MAS mengeluarkan kertas perundingan untuk meningkatkan had insurans deposit kepada $100,000. Tempoh rundingan ditutup pada 31 Julai.

Sejumlah 20 responden, termasuk Kumpulan RHB, Maybank, Bank GXS, BNP Paribas dan PT Bank Negara Indonesia, memberi maklum balas. Sebelas responden minta dirahsiakan.

MAS menyatakan bahawa segolongan kecil responden mencadangkan perlindungan maksimum lebih tinggi melebihi $100,000.

Pengawal selia menyatakan setiap kenaikan perlu dipertimbangkan dengan teliti kerana terdapat kos kepada bank yang akan kemudian tersalur kepada pelanggan

“Oleh kerana Skim DI kami bermatlamat melindungi pendeposit kecil, kecukupannya sebagai jaring keselamatan boleh dinilai dengan melihat bahagian deposit yang mempunyai insurans sepenuhnya,” kata MAS.

Ia menambah bahawa $100,000 dapat melindungi sepenuhnya segolongan besar pendeposit yang mempunyai insurans.

“Melihat pertumbuhan deposit dan bagi memperbaiki perlindungan untuk pendeposit kecil, kami setuju dengan cadangan MAS untuk meningkatkan had perlindungan kepada $100,000,” kata Bank GXS.

BNI menambah bahawa had perlindungan yang lebih tinggi mengambil kira tahap kemewahan Singapura yang meningkat. Ini akan memastikan peruntukan lebih tinggi bagi pendeposit yang mempunyai insurans dilindungi di bawah skim itu,” kata BNI. 

Deposit mata wang asing tidak akan dilindungi.

Ini kerana Skim DI bertujuan melindungi penjimatan utama pendeposit kecil yang umumnya dalam dolar Singapura, kata MAS.

“Kadar deposit mata wang asing yang dipegang pendeposit kecil tidak ketara buat masa ini,” menurut MAS.

Di bahagian operasi, MAS berkata borang pembukaan akaun yang mencerminkan had $75,000 masih diterima mulai 1 April nanti, dengan syarat pendeposit kecil dimaklumkan tentang had perlindungan yang meningkat.

MAS menambah bahawa bank dan syarikat kewangan tidak perlu memberitahu pelanggan awal tentang kenaikan had perlindungan.

Pengawal selia itu menyatakan bahawa SDIC akan mengemas kini secara berasingan dengan institusi kewangan tentang tempoh peralihan yang diberikan supaya mereka dapat menyemak bahan lapuk seperti bahan pemasaran dan borang pembukaan akaun dengan had baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >