Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perlu ada permintaan agar lebih banyak produk kewangan halal diperkenalkan

Sep 26, 2023 | 03:49 PM



Bagi memperkenalkan lebih banyak produk berlandaskan syariah, perlu ada permintaan yang terus meningkat dan berkekalan daripada masyarakat Melayu/Islam setempat, menurut para pemain industri kewangan dalam satu seminar baru-baru ini.

Topik seperti perlunya pengetahuan dan ilmu sebelum melabur turut dibincangkan semasa Festival Pelaburan Rizq (RIF) itu yang dianjurkan wadah ilmu pelaburan dan kewangan Islam, Islamic Finance Singapore (IFSG) serta wadah pelaburan halal setempat, RizqX pada Sabtu.

Acara tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan masyarakat Melayu/Islam melalui pembinaan dan pendidikan kewangan yang kukuh dan memupuk budaya melabur secara halal demi masa depan mereka.

Bercakap semasa seminar itu, Pengarah Pengurusan Harta (Ekonomi dan Strategi Pasaran) Financial Alliance dan Ketua Penasihat Kekayaan Islam Financial Alliance (FaiWA), Encik Sani Hamid berkata masih ramai anggota masyarakat Melayu/Islam belum sedar akan kewujudan dan pilihan pelaburan halal.

Menurutnya, Singapura sebenarnya mempunyai 143 pilihan instrumen sekuriti yang mematuhi syariah atau 22 peratus daripada pasaran pelaburan keseluruhan.

Encik Sani berpendapat, untuk memastikan kerancakan pasaran, perlu ada usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat.

Kesedaran tentang pelaburan halal penting untuk mendatangkan keinginan yang turut akan mendatangkan lebih pilihan pelaburan halal, tambah beliau.

“Keadaan ini bergantung kepada permintaan pengguna, jikalau tidak ada permintaan, produk-produk pelaburan halal tidak akan ditawarkan oleh pemain pasaran dan cara untuk merangsang permintaan itu adalah melalui pendidikan,” jelas Encik Sani.

Sementara itu, para anggota panel lain telah berkongsi panduan dan pengajaran yang diperoleh berdasarkan pengalaman melabur mereka, di samping menggariskan kepentingan pengetahuan dalam pelaburan.

Pengasas dan ketua kandungan The Financial Coconut, Encik Reggie Koh, menyarankan agar hanya melabur dalam jenis pelaburan yang difahami secara mendalam.

Manakala Encik Walshalafah Salleh, pengarah urusan Accrete Capital Partners, menasihatkan orang ramai supaya mengkaji sejarah prestasi sebuah saham dan membuat keputusan berdasarkan hasil kajian tersebut.

Kedua-dua Encik Walshalafah dan Encik Koh menggalakkan kepelbagaian jenis dan sektor pelaburan untuk mengurangkan risiko pelaburan.

Dalam pada itu, Dr Hazik Mohamed, pengarah urusan Stellar Consulting Group, menggalak pelabur supaya membuat pertimbangan sendiri jikalau mereka mempunyai masa untuk melabur dalam terlalu banyak saham.

“Membuat pelaburan ibarat satu seni dan mempelajari satu kemahiran baru, mengambil masa dan latihan. Tidak ada jalan pintas,” kata beliau.

Dalam pada itu, IFSG telah melancarkan RizqX, sebuah platform pelaburan bagi mempermudahkan pelaburan halal.

Encik Ridhwaan Radzi, pengarah urusan IFSG semasa ditemui menjelaskan bahawa wadah RizqX adalah seperti ‘Trivago’ – laman web popular untuk tempah hotel – dalam dunia pelaburan.

“Seseorang boleh ke laman web kami untuk menggunakan RizqX dan melihat senarai pelaburan halal serta analisis kami tentang pelaburan tersebut,” terangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >