Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerlu rintis inisiatif baru sesuaikan sistem dagang dunia kepada realiti ekonomi kini
Perlu rintis inisiatif baru sesuaikan sistem dagang dunia kepada realiti ekonomi kini
Iswaran: Pendigitalan, kemampanan bidang baru bagi segarkan dagangan global
Perlu rintis inisiatif baru sesuaikan sistem dagang dunia kepada realiti ekonomi kini

"... adalah penting kita merintis inisiatif baru bagi menyesuaikan sistem perdagangan dengan realiti ekonomi yang berubah-ubah di samping menolong negara-negara merebut peluang dalam bidang pertumbuhan baru. Dua bidang utama ialah pendigitalan dan kemampanan, dua perkara yang menjadi keutamaan dalam agenda dunia. Keperluannya dan manfaatnya jelas." - Menteri Pengangkutan merangkap Menteri bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S. Iswaran. -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 3, 2023 | 5:30 AM
UNTUK menyegarkan perdagangan global, negara-negara perlu memainkan peranan untuk merintis inisiatif baru bagi menyesuaikan sistem perdagangan kepada realiti ekonomi yang berubah-ubah dan menolong negara merebut peluang dalam bidang pertumbuhan baru.
Ini boleh dilakukan dalam dua bidang, iaitu pendigitalan dan kemampanan, kata Menteri Pengangkutan merangkap Menteri bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S. Iswaran.