PERMINTAAN bagi makanan sejuk beku menjelang Hari Raya rancak dengan beberapa syarikat menyaksikan peningkatan sehingga 70 peratus, meskipun dengan perayaan lebih senyap di tengah-tengah tempoh pemutus rantai jangkitan.

Ini kerana lebih ramai yang duduk di rumah dan mengurangkan kegiatan beratur panjang di pasar raya atau pasar basah sambil terus menikmati juadah Hari Raya di rumah, menurut syarikat makanan yang ditinjau.