Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permintaan tinggi bagi mata wang USD, euro dan pound Britain

Jul 25, 2022 | 7:11 PM
NIAGA RANCAK: Sejak sempadan dibuka serta nilai mata wang Singapura terus kukuh, kedai pengurup wang Clifford Gems & Money Exchange ini mendapat permintaan lebih tinggi bagi mata wang seperti dolar Amerika serta pound UK, selain euro.
NIAGA RANCAK: Sejak sempadan dibuka serta nilai mata wang Singapura terus kukuh, kedai pengurup wang Clifford Gems & Money Exchange ini mendapat permintaan lebih tinggi bagi mata wang seperti dolar Amerika serta pound UK, selain euro. - - Foto NUR DIYANA TAHA

FIRMA pengurup wang di sini menyaksikan pembelian rancak dolar Amerika Syarikat, mata wang euro dan pound Britain sedang dolar Singapura terus kukuh pada masa ini. Dan menjelang cuti hujung tahun, firma pengurup wang yakin bahawa perniagaan akan terus menunjukkan peningkatan.

Pemilik syarikat Clifford Gems & Money Exchange, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, berkata perniagaannya meningkat sekitar 30 peratus kebelakangan ini berbanding semasa Covid-19 - kebanyakannya didorong nilai dolar Singapura yang semakin kukuh.

Menurutnya, firma beliau yang terletak di pusat beli belah Raffles City dan telah beroperasi sejak 1994, terjejas teruk sepajang dua tahun lalu, namun mula bangkit sejak beberapa bulan lalu.

Langkah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengukuhkan lagi nilai dolar Singapura bagi membendung inflasi dan memastikan kestabilan harga jangka panjang, menyebabkan nilai dolar Singapura terus meningkat.

Dolar Singapura lebih kukuh dapat mengurangkan inflasi barangan dan bahan mentah import.

Pada masa ini, tukaran bagi 1 pound Britain adalah sekitar $1.679; 1 euro ($1.426); AS$1 ($1.391); 1 dolar Australia ($0.968).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg