Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertumbuhan harga jualan semula HDB terus kukuh

Ini meskipun jumlah transaksi junam 14.9% pada Sep berbanding Ogos
Oct 7, 2024 | 6:20 PM
Harga terus meningkat bagi pasaran perumahan jualan semula pada September walaupun jumlah urus niaga turun.
Harga terus meningkat bagi pasaran perumahan jualan semula pada September walaupun jumlah urus niaga turun. - Foto BT

Harga jualan semula dalam pasaran perumahan awam terus meningkat meskipun jumlahnya merosot pada September, menurut data SRX dan 99.co.

Berdasarkan laporan terkini pada 7 Oktober, harga jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk September meningkat 1.8 peratus daripada paras Ogos walaupun jumlahnya menjunam 14.9 peratus.

Kenaikan harga itu mencerminkan trend pada Jun 2024. Penganalisis data 99.co, Encik Joel Lim, melihat sebagai permintaan berterusan “sangat tinggi” flat jualan semula disebabkan bekalan yang rendah, lapor The Business Times (BT).

Memetik data sejarah SRX, ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, memerhatikan bahawa September menandakan setahun kenaikan harga bulanan berturut-turut dalam segmen flat jualan semula sejak Oktober 2023.

“Pemerhatian anekdot menunjukkan bahawa permintaan untuk flat jualan semula HDB kekal sihat, sebahagiannya termasuk pembeli yang mendapati kondominium persendirian bersaiz sama di kawasan yang sama terlalu mahal,” kata Encik Wong, selari dengan pemerhatian Encik Lim.

Harga jualan semula untuk estet matang meningkat 2.3 peratus bulan itu, manakala harga di estet bukan matang meningkat sebanyak 1 peratus.

Kedua-dua unit tiga dan empat bilik mencatatkan pertumbuhan harga 2.3 peratus bulan ke bulan, diikuti peningkatan 1.3 peratus bagi flat lima bilik dan 0.3 peratus bagi unit eksekutif.

Tahun ke tahun, harga jualan semula meningkat 10 peratus daripada paras September 2023 dengan peningkatan 9.2 peratus untuk estet matang, dan 10.3 peratus untuk estet bukan matang.

Sebahagian besar didorong oleh lonjakan harga jualan semula pada 2024 untuk empat bilik (11 peratus), diikuti flat tiga bilik (9.7 peratus), flat lima bilik (8.6 peratus) dan unit eksekutif (8.2 peratus).

Sebanyak 2,217 flat jualan semula diurus niaga pada September 2024, yang masih 11.6 peratus lebih tinggi daripada jumlah tahun sebelumnya.

Majoriti jumlah transaksi September 2024 terdiri daripada flat empat bilik (43.1 peratus), dengan paling sedikit daripada unit eksekutif pada 6.6 peratus. Urus niaga jualan semula unit tiga bilik meningkat sedikit pada 25.8 peratus berbanding unit lima bilik, yang merupakan 24.5 peratus daripada jumlah bulan itu.

Encik Lim mengaitkan penurunan 14.9 peratus bulan ke bulan dalam jumlah jualan “sebahagian kecil” kepada langkah penyejukan terkini yang menyaksikan nisbah pinjaman-nilai (LTV) untuk pinjaman HDB diturunkan sebanyak lima mata peratusan berkuat kuasa 20 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg