Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Platform sehenti bagi tukang paip berlesen

May 26, 2023 | 5:15 PM
WADAH BARU: (Tiga dari kiri) Cik Pua Youli, Cik Yeo Wan Ling, Encik Dickrose Masalamani dan Encik Ridzuan Ismail melancarkan laman baru SPS di SAFRA Mount Faber pada Jumaat.
WADAH BARU: (Tiga dari kiri) Cik Pua Youli, Cik Yeo Wan Ling, Encik Dickrose Masalamani dan Encik Ridzuan Ismail melancarkan laman baru SPS di SAFRA Mount Faber pada Jumaat. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

SATU portal sehenti telah dilancarkan untuk menghubungkan tukang paip dengan peluang pekerjaan, sebagai sebahagian usaha membangunkan industri khidmat tukang paip yang lebih profesional.

Dengan kerjasama agensi air negara, PUB; NTUC dan Persatuan Paip Singapura (SPS), wadah sehenti SPS akan menjadi penghubung bagi tukang paip berlesen (LP) serta pihak berkepentingan lain di Singapura.

Wadah tersebut dilancarkan Pengarah U Wanita dan Keluarga, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling di Safra Mount Faber pada Jumaat.

Turut hadir di acara itu ialah Pengarah Bekalan Air (Rangkaian) PUB, Encik Ridzuan Ismail; Presiden SPS, Encik Dickrose Masalamani; dan Pengarah pengurusan Dino Digital Tech, Cik Pua Youli.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg