Premium
PM Lee tekan kepentingan R&D dalam ekonomi Singapura
Pembukaan Fusionopolis Two lengkapi pembangunan di One-North
Oct 20, 2015 | 5:30 AM
CIPTAAN SINGAPURA: PM Lee bercakap dengan robot yang dinamakan Olivia semasa pelancaran Fusionopolis Two. - Foto M.O. SALLEH -
PELABURAN dalam penyelidikan dan pengembangan (R&D) amat penting dalam ekonomi Singapura kerana ia dapat mewujudkan pekerjaan yang baik bagi pekerja, membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) meningkatkan daya penghasilan, dan membaiki kehidupan rakyat Singapura.
Berucap di pembukaan Fusionopolis Two bernilai $450 juta semalam, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata ia dapat dicapai apabila saintis dan penyelidik awam dan swasta bekerjasama bagi menjana inovasi baru.

