Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

PMI S’pura naik pada Jun, kekal kuncup untuk bulan ke-3 berturut-turut

Jul 04, 2023 | 01:51 PM



Aktiviti kilang keseluruhan Singapura bertambah baik sedikit pada Jun, tetapi kekal menguncup untuk bulan ketiga berturut-turut, ketika permintaan global yang lemah terus melanda industri pembuatan di rantau ini.

Indeks Pembelian Pengurus (PMI) meningkat 0.2 mata kepada 49.7 pada Jun, menguncup pada kadar yang lebih perlahan berbanding Mei, menurut data dari Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada Isnin.

Bacaan di bawah 50 menunjukkan sektor pembuatan merosot, manakala bacaan di atas 50 bermakna pertumbuhan.

Sebaliknya, sektor elektronik yang penting jatuh 0.1 mata daripada bulan sebelumnya untuk mencatatkan penguncupan yang lebih pantas pada 49. Ini adalah penguncupan ke-11 berturut-turut sejak Ogos 2022, selepas dua tahun pengembangan yang berterusan.

“Pengilang tempatan bersiap sedia untuk menghadapi prospek buruk menjelang separuh kedua tahun ini, dalam keadaan yang semakin tidak menentu dalam persekitaran ekonomi global,” kata pengarah eksekutif SIPMM, Encik Stephen Poh.

Gangguan dalam rantaian bekalan semikonduktor, akibat daripada sekatan cip Amerika Syarikat, juga telah menjejaskan pasaran elektronik, kata beliau, dengan individu dalam industri menekankan tentang kemerosotan paling lama dalam jualan pasaran semikonduktor, yang telah jatuh selama lima suku berturut-turut.

Ketua ahli ekonomi OCBC, Cik Selena Ling menyatakan kenaikan kecil pada Jun disebabkan terutamanya oleh pesanan baru yang lebih baik sedikit, eksport baru, keluaran serta indeks pesanan tertunggak yang kembali membawanya ke paras 50.

Tetapi, penurunan dalam penghantaran pembekal, import dan pekerjaan “mencadangkan cetakan pembuatan keseluruhan PMI pada Jun adalah pantulan yang stabil dan bukannya secara luas,” tambahnya.

Ahli ekonomi DBS, Encik Chua Han Teng berkata, data bulan-bulan mendatang akan menjadi kunci untuk menentukan sama ada sektor pembuatan telah “mencapai paras terendah” dan sama ada terdapat kemajuan pada separuh kedua.

Kededua ahli ekonomi itu berkata segmen elektronik adalah penting kepada pemulihan sektor pembuatan.

“Tanpa (perkembangan dalam segmen elektronik), kenaikan aktiviti dalam industri pembuatan lain, seperti kejuruteraan pengangkutan dan kelompok bioperubatan, mungkin tidak mencukupi untuk mengangkat keseluruhan pengeluaran industri daripada kemerosotan semasa,” kata Cik Ling.

Ramalan jangka pendek elektronik kekal tidak menentu, kerana segmen itu masih perlu berdepan dengan masalah permintaan dalam ekonomi maju daripada kadar faedah yang tinggi, mengurangkan stok inventori yang tinggi, walaupun kami melihat potensi jangka sederhana dan keyakinan untuk cip berkaitan kecerdasan buatan,” tambah Encik Chua.

Sentimen pembuatan yang suram adalah sejajar dengan ekonomi serantau lain, yang turut menyaksikan aktiviti pembuatan menjadi lemah pada April.

PMI pembuatan rasmi China meningkat sedikit kepada 49 pada Jun, daripada 48.8 pada bulan sebelumnya, tetapi kekal menguncup untuk bulan ketiga berturut-turut. 

PMI Caixin, yang diperoleh daripada pengeluar swasta yang lebih kecil, jatuh 0.4 mata kepada 50.5 pada Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >