Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis perluas program elak kecurian di kedai runcit

TINGKAT KESELAMATAN: Timbalan Pesuruhjaya (Operasi), Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Polis Lian Ghim Hua (dua dari kiri) bersama penceramah dan wakil Mapletree di Simposium Keselamatan Peruncit (dari kiri) Encik Ishak Othman; wakil Mapletree, Encik Li Lit Siew; dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Polis (PNSmen) untuk SGSecure, Encik Muhammad Jailani Abu Talib. - Foto SPF
Dec 15, 2022 | 5:30 AM
Polis perluas program elak kecurian di kedai runcit
PASUKAN Polis Singapura (SPF) akan memperluas Program Kesedaran Kecurian Kedai untuk Peruncit (Star) dengan melancarkannya di semua Pusat Polis Kejiranan (NPC) serata negara sedang kes kecurian kedai tahun ini dilaporkan lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Di bawah program itu, polis bekerjasama rapat dengan peruncit dengan menganalisis faktor risiko dan kelemahan kedai terhadap kecurian menggunakan pendekatan dipacu data.