Topik diikuti
Pergi ke BHkuPortal dagang dalam talian untuk peniaga Singapura, Malaysia dan Indonesia
Bertujuan hadapi pembentukan Masyarakat Ekonomi Asean
Jan 28, 2015 | 5:30 AM
Portal dagang dalam talian untuk peniaga Singapura, Malaysia dan Indonesia
SATU usaha bagi menghadapi pembentukan Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) pada tahun ini telah ditingkatkan baru-baru ini.
Satu portal dagangan dalam talian untuk peniaga Singapura, Malaysia dan Indonesia ditubuhkan hasil kerjasama antara Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Jawa Tengah (CJ-CCI) serta persatuan peniaga muda, Generasi Muda Berjaya (GMB) Malaysia.