Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

ACARA PERDAGANGAN MAKANAN DAN HOTEL ASIA (FHA)

Portal rangkaian halal Warees dilancar

Bolehkan masyarakat halal sejagat wujud peluang pertumbuhan dan niaga bersama
Sep 06, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH laman baru yang akan membolehkan masyarakat halal sejagat mewujudkan peluang pertumbuhan dan perniagaan bersama telah dilancarkan Warees Halal semalam.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warees Halal Limited, Cik Dewi Hartaty Suratty, berkata laman Warees Halal Network itu akan menampilkan ciri-ciri utama seperti perpustakaan sumber halal merangkumi video, infografik dan buku panduan.



Terdapat juga ciri penyemak ramuan yang disokong pangkalan data menyeluruh mengandungi sekitar 1,000 bahan mentah, dan direktori pembekal dan perkhidmatan eksklusif yang boleh dimanfaatkan syarikat halal.



Laman itu juga menampilkan forum masyarakat halal bagi perniagaan menjalin rangkaian, bertukar-tukar idea dan belajar daripada satu sama lain.



Cik Dewi berkata wadah Warees Halal Network itu kali pertama diperkenalkan pada 2020.



"Ia bertujuan untuk pertama, membangunkan masyarakat amalan dengan membolehkan pemain industri berhubung dengan satu sama lain, menyumbang idea dan bekerjasama ke arah objektif yang sama.



"Kedua, menubuhkan sistem sokongan boleh dipercayai bagi perniagaan mendapat akses kepada sumber, alat dan pengetahuan daripada pakar industri melalui saluran dalam dan luar talian yang disusun.



"Dan ketiga, menambah nilai kepada pemain industri halal melalui perkhidmatan eksklusif, kadar istimewa dan peningkatan percuma yang ditawarkan Warees Halal dan rakan strategiknya," kata Cik Dewi semasa berucap di acara Halal Theatre @ Food & Hotel Asia 2022 di Singapore Expo semalam.



Cik Dewi berkata makanan merupakan antara sektor terbesar ekonomi halal sejagat, dengan makanan halal mempunyai anggaran nilai AS$1.3 trilion ($1.8 trilion) dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 7.1 peratus.



Di Singapura, terdapat sekitar 5,000 tempat makan dan 50,000 produk yang disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Menurut Indeks Pelancongan Muslim Sejagat 2022, negara ini juga terkenal sebagai destinasi pelancongan paling mesra Muslim dalam kalangan negara bukan Islam.



Cik Dewi berkata pensijilan halal bukan hanya meningkatkan peluang perdagangan dan perniagaan, malah mewujudkan lebih banyak ruang bagi pergaulan sosial melalui lebih banyak pilihan tempat makan halal yang telah menyumbang kepada memperkukuh perpaduan sosial Singapura.



Dalam pada itu, Warees Halal semalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Politeknik Temasek (TP) dalam usaha membangunkan ekosistem halal yang mampan.



Di bawah kerjasama itu, mereka akan menyediakan sokongan kepada perniagaan dalam bidang pembangunan keupayaan, penyelidikan dan ujian untuk mempermudahkan pembangunan, pematuhan dan perdagangan produk dan perkhidmatan halal di peringkat sejagat.



Mereka juga akan mewujudkan sebuah laluan pembelajaran berstruktur bagi penuntut di institut pengajian tinggi dan pelajar dewasa dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan alat relevan dan terkini sepanjang kerjaya mereka dalam industri halal dan makanan.



Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, sebuah kursus dipercepatkan dipanggil Asas Sains Makanan dan Pengurusan Pensijilan Halal akan ditawarkan mulai Januari tahun depan.



"Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai topik daripada trend pasaran dan industri, asas sains dan teknologi makanan, syarat pensijilan halal dan juga pembangunan dan penyenggaraan sistem pengurusan mutu halal," kata Cik Dewi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >