Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prestasi NCS, Optus perlu konsisten untuk dorong harga saham Singtel

Penganalisis juga sedang mencari potensi pengembangan daripada tawaran tiket besar, seperti perjanjian pusat data yang diumumkan awal tahun ini.
Oct 8, 2024 | 6:17 PM
Penganalisis menyatakan harga saham Singtel mungkin meningkat berikutan pendapatan lebih baik dan kepentingan institusi lebih besar.
Penganalisis menyatakan harga saham Singtel mungkin meningkat berikutan pendapatan lebih baik dan kepentingan institusi lebih besar. - Foto SPH Media Limited

Harga saham Singtel melonjak beberapa minggu kebelakangan ini kerana pelabur kini lebih faham tentang cara syarikat itu melaksanakan rancangan dividennya.

Dalam tempoh setahun hingga 30 September, harga saham syarikat itu meningkat 31.2 peratus. Dalam lebih sebulan selepas hari pelabur syarikat itu pada 29 Ogos, harga sahamnya meningkat 7.3 peratus.

Namun, penganalisis menjangka Singtel masih perlu menunjukkan lebih konsisten dalam prestasi anak syarikat Australianya, Optus, serta cabang perkhidmatan teknologinya, NCS.

Penganalisis Maybank, Encik Hussaini Saifee, berkata Optus mengurangkan bilangan pekerjanya pada separuh kedua tahun kewangan 2024 (FY24) dan telah mula menaikkan kadar pada suku pertama FY2025.

Beliau ingin melihat sama ada prestasi lebih baik Optus boleh dikekalkan dalam pendapatan separuh pertama FY25 yang menjelang.

Pada acara hari pelabur Singtel, pengurusan Optus menggariskan cabaran sedang rakyat Australia alami inflasi tinggi, yang menjejas keyakinan perniagaan dan keyakinan pengguna.

Pendapatan Optus meningkat 4.7 peratus pada suku pertama FY25 berikutan harga pelan pascabayar yang lebih tinggi dan anggaran pelanggan prabayar yang lebih tinggi.

Sementara itu, penganalisis DBS, Encik Sachin Mittal, berkata saham syarikat itu lazimnya menunjukkan kaitan tinggi dengan pendapatan operasi terasnya sebelum faedah dan cukai (Ebit) daripada operasinya di Singapura dan Australia.

Selain operasi Singtel di Australia, beliau akan melihat prestasi NCS, serta perniagaan InfraCo Digital syarikat itu sebagai pemacu pertumbuhan utama.

Encik Hussaini dalam satu laporan pada 24 September menaikkan harga sasaran saham Singtel kepada $3.70, selepas mengaitkan nilai perusahaan sebanyak $8.7 bilion bagi perniagaan pusat datanya, serta penilaian Bharti yang lebih tinggi untuk mencerminkan kenaikan harga saham Bharti baru-baru ini.

Dalam laporan pada 5 September, penganalisis RHB berkata Singtel memberi beberapa idea di mana ia akan terus menjana pulangan pada hari pelabur.

“Walaupun tidak ada butiran khusus, kami berpendapat penjualan yang menurun dalam Airtel berkemungkinan berlaku berikutan lebih $3 bilion berjaya dikumpul dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ditambah pula dengan pelupusan sebahagian daripada NetLink Trust dan NCS,” kata mereka, sambil menambah bahawa langkah itu akan membayar dividen kepada pemegang saham dengan selesa.

Untuk FY24, dividen realisasi nilai berjumlah $0.038 sesaham.

Encik Hussaini juga berkata pengurusan syarikat itu  “sangat lantang”  dalam usaha menghasilkan pendapatan daripada asetnya, yang boleh memberi pelabur keyakinan terhadap rancangan dividennya.

Walaupun asas syarikat penting diperhatikan, beliau berkata faktor luaran seperti kadar faedah juga akan mempengaruhi harga saham Singtel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg