Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program latihan NTUC bantu pekerja muda nikmati kenaikan pangkat, gaji

Nov 20, 2023 | 6:05 PM
TINGKAT KEMAHIRAN: Cik Nur Dian Farisha Ramli (duduk) menunjukkan cara mewarna semula beg mewah kepada Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng (dua dari kiri) dan Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Desmond Tan (dua dari kanan).
TINGKAT KEMAHIRAN: Cik Nur Dian Farisha Ramli (duduk) menunjukkan cara mewarna semula beg mewah kepada Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng (dua dari kiri) dan Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Desmond Tan (dua dari kanan). - Foto LIANHE ZAOBAO

Dalam peranannya sebagai perantis mewarna di sebuah syarikat pemulihan beg kulit, Cik Nur Dian Farisha Ramli, 19 tahun, kini dapat melihat masa depannya dengan yakin tanpa kebimbangan tentang peranannya dan masa depannya di syarikat tersebut, selepas diberikan peluang untuk meningkatkan kemahirannya.

Cik Nur Dian telah menjalani latihan amali di syarikat Dr. Bags pada tahun 2021 semasa beliau menuntut di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam bidang Nitec Perkhidmatan Runcit. 

Awalnya, beliau menghadapi cabaran dalam tugas harian yang merangkumi pengurusan inventori serta pengambilan gambar beg dan barangan kulit yang dihantar oleh pelanggan untuk diperbaiki kerana kurang minat dalam bidang itu.

Namun, melalui bimbingan dan sokongan daripada pengasas Dr. Bags, Cik Esther Huang dan Cik Lynn Kee, Cik Nur Dian diberi peluang untuk mencuba tugas baru dalam syarikat.

Dari situ, beliau menemui minat serta bakat kreatifnya. Kini, selepas hampir tiga tahun berkhidmat, beliau bersedia menjalani latihan teknikal dalam proses memberus dan menyembur pewarna.

Dengan peningkatan kemahiran ini, beliau berpeluang dinaikkan pangkat daripada perantis mewarna kepada pakar mewarna muda menjelang akhir tahun 2023.

Cik Nur Dian adalah di antara 123,000 pekerja yang telah mendapat manfaat daripada Geran Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) – sebuah program yang diperkenalkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sejak Februari 2019.

CTC berperanan menyatukan kesatuan pekerja dengan syarikat untuk menyelaraskan peningkatan kemahiran yang relevan dengan transformasi perniagaan dan industri.

Hingga kini, sebanyak 1,700 CTC telah ditubuhkan, dan NTUC sedang dalam proses mencapai matlamat 2,500 CTC menjelang 2025. Pada 31 Oktober, sebanyak 658 CTC telah dibentuk, hampir dua kali ganda dari jumlah yang dibentuk pada 2022, menurut laporan NTUC pada Selasa.

Bercakap menjelang Persidangan Perwakilan Kebangsaan (NDC) NTUC 2023 yang bermula pada 22 November, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata pekerja di syarikat yang membentuk CTC dengan NTUC akan mendapat manfaat kenaikan gaji secara langsung. 

Katanya: “Majikan gembira, pelanggan gembira, dan yang penting pekerja gembira. NTUC ingin lebih banyak syarikat agar melangkah ke hadapan supaya kami boleh bekerjasama untuk menyokong transformasi perniagaan anda dan mengekalkan kegembiraan pekerja anda.”

Sejumlah 1,500 pekerja daripada 84 syarikat yang menerima Geran CTC menikmati peningkatan gaji purata sebanyak 5.2 peratus melebihi kenaikan tahunan mereka.

Geran CTC memberi dana untuk projek transformasi syarikat yang ingin meningkatkan produktiviti mereka, membentuk semula pekerjaan dan menambah baik prospek kerja untuk pekerja yang ada.

“Majikan gembira, pelanggan gembira, dan yang penting pekerja gembira. NTUC ingin lebih banyak syarikat agar melangkah ke hadapan supaya kami boleh bekerjasama untuk menyokong transformasi perniagaan anda dan mengekalkan kegembiraan pekerja anda.”
Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg