PropNex beri pilihan bagi pemilik jual flat secara lelong dalam tender awam terbuka
Premium
PropNex beri pilihan bagi pemilik jual flat secara lelong dalam tender awam terbuka
Feb 26, 2019 | 5:30 AM
WADAH PENJUALAN BARU: Encik Ismail (kanan) dan Encik Clarence Goh, ketua penjualan korporat dan lelongan PropNex, menyediakan wadah penjualan baru bagi pemilik flat. - Foto PROPNEX REALTY -
PEMILIK flat jualan semula mempunyai pilihan menjual flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mereka secara lelong dalam tender awam terbuka dalam satu inisiatif terbaru diperkenalkan syarikat agensi hartanah, PropNex Realty.
Ia membolehkan penjual flat menawarkan dan menjual flat kepada pihak yang menawarkan harga tertinggi, dengan syarat kesemua dasar dan prosedur HDB dipenuhi.

