Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PropNex tembus pasaran Kemboja

Sebar sayap kerana Kemboja antara ekonomi paling pantas tumbuh di Asia Tenggara
May 20, 2021 | 5:30 AM
LUASKAN JARINGAN NIAGA: Pengerusi Eksekufi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor (kanan), bersama Encik Alan Neo, yang mengetuai perniagaan PropNex di Kemboja. - Foto PROPNEX
LUASKAN JARINGAN NIAGA: Pengerusi Eksekufi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor (kanan), bersama Encik Alan Neo, yang mengetuai perniagaan PropNex di Kemboja. - Foto PROPNEX -

DI sebalik wabak Covid-19, syarikat agensi hartanah terbesar yang disenaraikan di Bursa Singapura (SGX), PropNex, menggiatkan peluasannya dan menembusi pasaran Kemboja.

Dengan peluasan itu, PropNex kini mempunyai lebih 12,000 ejen hartanah di Singapura, Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Kemboja.

PropNex memutuskan untuk menembusi Kemboja memandangkan ia merupakan antara ekonomi paling pantas tumbuh di Asia Tenggara, dengan ekonominya tumbuh 7 peratus setahun dan penduduknya yang ramai sebanyak 16.7 juta.

Francais induk bagi PropNex Kemboja akan diketuai oleh ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Encik Alan Neo, yang berpengalaman selama 15 tahun dalam perniagaan ini.

PropNex Kemboja akan mempunyai hampir 500 ejen hartanah yang beribu pejabat di Phnom Penh dan mempunyai cawangan di Siem Reap dan Sihanoukville.

"Didorong oleh keinginan untuk menjadi agensi hartanah serantau utama di rantau ini, kami sentiasa mencari peluang mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara. PropNex Kemboja akan mencapai tahap lebih tinggi dalam pasaran dan menjadi firma agensi hartanah utama bagi beberapa tahun mendatang,'' kata pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif (CEO) PropNex, Encik Ismail Gafoor.

Encik Neo tertarik dengan jenama PropNex memandangkan sistem latihannya yang baik, wadah teknologi maklumat (IT) yang maju dan sistem sokongan yang boleh memanfaatkan ejen hartanahnya.

Encik Ismail menambah formula kejayaan PropNex akan digunakan bagi meluaskan jenamanya ke lebih banyak negara di peringkat sejagat.

PropNex Kemboja sudah pun mendapat beberapa kolaborasi dengan beberapa pemaju hartanah di sana termasuk menjadi agensi pemasaran eksklusif bagi projek D'Seaview yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Singapura, Hong Lai Huat Group, di Sihanoukville dan projek Urban Village yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah Hong Kong, Urban Hub (Kemboja) Co.

Minggu lalu, PropNex mengumumkan keuntungan bersihnya bagi suku pertama tahun ini mencapai $14.8 juta, hampir berganda daripadad keuntungan $7.6 juta yang dicatatkan setahun lalu.

Pendapatannya juga meningkat 63.3 peratus mencapai $220.6 juta. Ia mendapat pendapatan komisen sebanyak $47.5 juta.

Pertumbuhan itu dicapai kerana sentimen pasaran yang lebih baik dan sambutan menggalakkan bagi pelancaran projek-projek perumahan baru.

Encik Ismail menambah bahawa mudah tunai yang tinggi dalam pasaran, kadar faedah yang rendah dan rasa optimis telah mendorong pasaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg