Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Prospek pengambilan pekerja di S’pura lemah untuk suku ke-2: Tinjauan

Mar 12, 2024 | 07:44 PM



Sentimen pengambilan pekerja di Singapura merosot untuk suku kedua berturut-turut, didorong peningkatan dalam rasa kurang optimistik majikan dalam perkhidmatan komunikasi, termasuk telekomunikasi dan media.

Bagaimanapun, prospek pekerjaan bersih (NEO) yang bertambah baik dalam sektor kewangan dan hartanah, serta sektor tenaga dan utiliti, membantu mengurangkan kemerosotan itu.

Demikian menurut dapatan terkini daripada tinjauan prospek pekerjaan suku tahunan oleh firma pengambilan pekerja ManpowerGroup yang dikeluarkan pada 12 Mac, lapor The Straits Times (ST).


Prospek pekerjaan bersih adalah ukuran keyakinan pengambilan pekerja, ditakrifkan sebagai peratusan syarikat yang ditinjau yang berhasrat mengambil kakitangan baru, setelah ditolak peratusan syarikat yang ingin mengecilkan saiz kakitangan.

Majikan dalam sektor khidmat komunikasi melaporkan prospek pekerjaan bersih “negatif 29 peratus”, yang bermakna lebih banyak syarikat yang ditinjau daripada sektor itu, berhasrat mengecilkan saiz kakitangan berbanding bilangan syarikat yang ingin menambah pekerja.

Ia satu-satunya daripada sembilan sektor yang ditinjau yang mencatat prospek negatif dalam dapatan terkini.

Angka tersebut menjunam 72 mata peratusan daripada suku sebelumnya dan 88 mata peratusan daripada tempoh sama pada 2023.

Tinjauan ManpowerGroup pada Januari melibatkan 525 majikan dalam sembilan sektor mengenai rancangan pengambilan pekerja bagi suku seterusnya, iaitu, suku kedua 2024, mendapati prospek pekerjaan bersih mencapai 24 peratus, secara keseluruhan.

Ia susut lima mata peratusan daripada prospek pekerjaan bersih bagi suku sebelumnya, yang juga tujuh mata peratusan lebih rendah berbanding suku sebelum itu.

Angka terkini juga turun tiga mata peratusan daripada tempoh sama pada 2023.

Bagi suku kedua 2024, sebanyak 41 peratus majikan menjangka jumlah pekerja yang meningkat, 17 peratus menjangka jumlah pekerja bakal merosot, dan 42 peratus tiada rancangan mengubah bilangan pekerja mereka.

Majikan dalam sektor kewangan dan hartanah paling optimistik, dengan prospek pekerjaan bersih mencapai 45 peratus.

Peningkatan dalam bilangan pekerja turut dijangka majikan dalam sektor penjagaan kesihatan dan sains hayat, dengan prospek pekerjaan bersih sebanyak 36 peratus, dan majikan sektor tenaga dan utiliti, yang mencatat 33 peratus, kata syarikat itu.

“Syarikat perbankan dan kewangan melihat permintaan meningkat bagi pembiayaan mampan, sedang lebih banyak perniagaan mengambil pinjaman mampan untuk menyokong transformasi hijau,” kata pengurus negara ManpowerGroup Singapura, Cik Linda Teo.

“Dengan Singapura menjadi hab terkemuka bagi kewangan hijau dan perdagangan karbon di Asia dan seluruh dunia, syarikat perbankan dan kewangan kini giat menarik bakat yang mempunyai kepakaran dan kelayakan berhubung sekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG), untuk menyokong pertumbuhan mereka dalam bidang ini,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >