Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Punggol jadi tempat ujian kenderaan elektrik mulai Nov

Oct 25, 2023 | 02:58 PM



Punggol akan menjadi tempat ujian terbesar Singapura bagi kenderaan ke grid (V2G) mulai November ini.

Usaha itu akan dijayakan sedang satu konsortium yang diketuai cabang perniagaan SMRT Corporation, Strides, dianugerah geran untuk menguji teknologi itu di Punggol.

V2G ialah teknologi yang membolehkan pengaliran elektrik dua arah, antara bateri kenderaan elektrik dengan grid kuasa. Dengan ini, kenderaan menjadi aset dinamik yang membolehkan tenaga elektrik kenderaan digunakan ketika bekalan di grid kuasa berkurangan, lapor The Business Times (BT).


Mengumumkan usaha tersebut di acara Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura, pengerusi Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Encik Richard Lim, berkata V2G baru muncul dengan hanya beberapa model kenderaan elektrik komersial yang berupaya menyokong pengecasan dua arah.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa teknologi itu mungkin menjadi lebih maju kelak dengan bertambahnya bilangan kenderaan elektrik.

“Oleh itu, kini masa yang tepat untuk memulakan usaha kami dan meneroka teknologi yang baru berkembang ini,” tambah Encik Lim.

Teknologi itu amat berguna memandangkan permintaan tinggi bagi sistem elektrik Singapura dijangka berkembang pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sehingga 6.5 peratus dari 2023 hingga 2028, kata EMA dan Institut Teknologi Singapura (SIT).

EMA dan SIT memberi geran kepada konsortium Strides untuk menjalankan ujian yang melibatkan 15 van komersial dan 10 pengecas kenderaan elektrik berdaya V2G, di bawah program Exploiting Distributed Generation (Edge) yang bernilai $20 juta.


Faktor yang menyumbang kepada permintaan tinggi bagi tenaga elektrik ialah pertumbuhan sektor intensif elektrik seperti ekonomi digital, perkilangan maju, pertanian berteknologi tinggi dan khidmat elektrifikasi kenderaan.

Ketua Eksekutif EMA, Encik Ngiam Shih Chun, pula berkata teknologi itu membawa “potensi belum diterokai” yang boleh menyokong grid kuasa dengan pelbagai cara baru.

“Jika berjaya, ujian ini akan membolehkan Singapura meningkatkan penggunaan teknologi inovatif untuk mengurus permintaan elektrik secara bijak, di samping membuka potensi bagi penggunaan V2G berskala besar pada masa depan,” jelasnya yang ditukil BT.


Tidak seperti penyelesaian pengecasan konvensional yang bersifat satu arah, V2G bukan sahaja membolehkan “pengecasan dinamik kenderaan elektrik” sebagai respons kepada keadaan grid kuasa, malah kenderaan boleh menyumbang kembali elektrik kepada grid kuasa apabila diperlukan, jelas EMA dan SIT.

Ini membantu meringankan masalah tenaga elektrik berkurangan dan memperbaiki kemantapan sistem tenaga elektrik dengan mengimbangi permintaan dan bekalan elektrik dengan lebih baik.

Program Edge telah dilancarkan oleh EMA dan SIT pada 2019 untuk memberi tumpuan kepada usaha membangun projek kejuruteraan kuasa inovatif dan membina kapasiti yang dapat menyokong peralihan Singapura ke masa hadapan yang lebih mampan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >