Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pungutan cukai setem hartanah naik 1.7% kepada $4.51b

Feb 14, 2024 | 06:55 PM



Cukai setem hartanah yang diperoleh pemerintah bagi sembilan bulan pertama tahun kewangan 2023, naik 1.7 peratus daripada tahun sebelumnya kepada $4.51 bilion.

Hasil lebih tinggi sedikit itu, yang diraih dalam persekitaran urus niaga hartanah lebih rendah dan kadar cukai lebih tinggi, membalikkan hasil yang diraih bagi tempoh sembilan bulan sebelumnya apabila hasil cukai setem turun 15.7 peratus.

Sementara itu, pendapatan cukai hartanah meningkat 12.6 peratus kepada hampir $3.4 bilion, selepas kedua-dua kadar cukai dan nilai tahunan (AV) hartanah dinaikkan pada 2022.

Berdasarkan nilai sewa hartanah, AV meningkat, menggambarkan harga sewa yang melonjak 30 peratus bagi kedua-dua perumahan privet dan awam pada 2022.

Hasil cukai setem bagi tiga suku pertama tahun kewangan 2023 iaitu dari April hingga Disember 2023, naik kepada $4.51 bilion daripada $4.43 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Jumlah pungutan cukai setem bagi seluruh tahun kewangan 2023 dijangka tinggi sedikit daripada $5.95 bilion yang diraih pada 2022, lapor The Business Times.


Jumlah pungutan cukai setem sepanjang sembilan bulan pertama tahun kewangan 2023 masih 14.3 peratus lebih rendah berbanding $5.26 bilion yang diraih sepanjang sembilan bulan pertama tahun kewangan 2021.

Bagaimanapun, jumlah tersebut adalah 39.7 peratus lebih tinggi daripada $3.23 bilion yang diperoleh sepanjang sembilan bulan pertama tahun kewangan 2019, menurut data Jabatan Statistik Singapura (SingStat).

Hasil cukai setem daripada urus niaga hartanah diperoleh daripada Cukai Setem Pembeli (BSD), Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) dan Cukai Setem Penjual (SSD).

Pada 2023, bilangan urus niaga berkurang bagi kedua-dua penjualan rumah baru dan penjualan semula rumah, tahun ke tahun, manakala indeks perumahan privet naik 6.8 peratus, kata pengarah eksekutif penyelidikan dan perundingan di Savills Singapore, Encik Alan Cheong.

“Ini seharusnya menyebabkan pungutan cukai setem berkurangan kerana kenaikan harga (rumah) tidak dapat mengimbangi kemerosotan dalam bilangan urus niaga pasaran jualan semula yang dikenakan cukai setem,” katanya.

Data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menunjukkan sekitar 6,452 rumah privet baru dijual pada 2023 – terendah sejak 2008 dengan 4,264 rumah baru dijual.

Jumlah kondominium jualan semula yang bertukar tangan pada 2023 ialah 10,166 unit – sekitar 15 peratus lebih rendah daripada 11,949 unit yang dijual pada 2022.

“Bagaimanapun, (hasil cukai setem) meningkat. Ini mungkin diperoleh daripada penjualan rumah kedai komersial dan pemuliharaan, yang nilainya meningkat dengan banyak pada 2023,” jelas Encik Cheong.

Dalam pada itu, hasil cukai hartanah meningkat 12.6 peratus kepada $3.4 bilion sepanjang sembilan bulan pertama tahun kewangan 2023. Ia dijangka terus meningkat bagi tahun kewangan 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >