Pusat global dirancang bagi jadikan industri perkapalan mesra sekitaran
Premium
Pusat global dirancang bagi jadikan industri perkapalan mesra sekitaran
Apr 20, 2021 | 5:30 AM
MAINKAN PERANAN: Sektor kelautan setempat perlu terus beri tumpuan dalam empat bidang utama iaitu daya ketahanan, pendigitalan, penyahkarbonan dan menarik bakat, kata Encik Ong semasa merasmikan 'Minggu Kelautan Singapura' yang ke-15 semalam. Acara itu diadakan buat julung-julung kali sebagai acara hibrid, dan dihadiri peserta secara fizikal dan secara maya. - Foto BH oleh JASON QUAH -
SEBUAH pusat global yang membolehkan industri kelautan menyelaras, menyelidik dan mengurangkan pengeluaran gas oleh kapal akan ditubuhkan di Singapura sebagai sebahagian daripada usulan oleh sebuah badan antarabangsa untuk menjadikan perkapalan lebih mesra sekitaran.
Lebih banyak butiran mengenai pusat global ini akan didedahkan lewat minggu ini oleh Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).

