Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raffles Medical Group peroleh hospital Ho Chi Minh City bernilai $62.6j

Oct 3, 2023 | 12:32 PM
BELI HOSPITAL DI VIETNAM: Raffles Medical Group menjangka untuk membiayai pembelian daripada “sumber yang dijana secara dalaman”.
BELI HOSPITAL DI VIETNAM: Raffles Medical Group menjangka untuk membiayai pembelian daripada “sumber yang dijana secara dalaman”. - Foto ST

Penyedia penjagaan kesihatan setempat, Raffles Medical Group (RMG), pada Isnin berkata ia telah memperoleh saham majoriti bagi Hospital Antarabangsa Amerika (AIH) di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Ini menyusuli satu perjanjian perkongsian strategik RMG yang dimeterai dengan My My Trading Services Company, tertakluk kepada pemenuhan syarat tertentu dan mendapatkan kelulusan relevan, kata kumpulan itu dalam pemfailan di bursa saham.

Penilaian AIH dibuat atas dasar “pembeli bersedia dan penjual bersedia” selepas mengambil kira penilaian aset hospital bernilai AS$45.6 juta ($62.6 juta) – di dalam lingkungan julat penilaian oleh Savills Vietnam, kata RMG.

Kumpulan itu menjangka untuk membiayai pembelian itu daripada “sumber dijana secara dalaman”, tambah syarikat itu, tanpa mendedahkan nilai pemerolehan.

Sebahagian perjanjian itu memerlukan RMG memeterai perjanjian perkhidmatan pengurusan untuk mengurus operasi AIH.

Pemfailan bursa itu menggambarkan AIH sebagai hospital dengan 120 katil yang “dibina dengan tujuan dan dilengkapi sepenuhnya” dengan lima tempat pembedahan.

Hospital itu, terletak di kawasan An Phu di bandar Thu Duc, mempunyai sekitar 500 kakitangan termasuk 60 doktor. Ia menawarkan “pelbagai pakar dan keupayaan diagnostik penting”.

RMG menambah, AIH yang telah diurus pengasasnya sejak ia ditubuhkan pada 2018, telah diberi akreditasi oleh Joint Commission International (JCI), satu badan akreditasi penjagaan kesihatan antarabangsa yang tidak mengaup keuntungan.

Pengerusi eksekutif RMG, Encik Loo Choon Yong, berkata:

“Pengurusan AIH telah, dalam beberapa tahun singkat, menyelesaikan pencapaian penting termasuk membina reputasi kukuh dan positif bagi perkhidmatan dan memperolehi akreditasi JCI.”

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan AIH untuk meningkatkan pencapaiannya.”

Syarikat itu berkata perkongsian itu akan membolehkan RMG menambah operasi kliniknya di bandar itu, sambil memenuhi permintaan meningkat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta di Vietnam.

Ia juga akan membolehkan kumpulan itu mempelbagaikan lagi operasi hospitalnya di luar Singapura dan China, sebagai sebahagian strategi jangka panjangnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg