Raffles Medical, NTUC Income ganding bahu tawar panel pakar privet IncomeShield
Premium
Raffles Medical, NTUC Income ganding bahu tawar panel pakar privet IncomeShield
Jul 25, 2018 | 5:30 AM
KHIDMAT BARU: Anak syarikat Raffles Medical Group, Raffles Health Insurance dan NTUC Income memperkenalkan panel pakar perubatan privet bagi pemegang polisi IncomeShield memanfaatkan kepakaran panel tersebut. - Foto fail -
ANAK syarikat Raffles Medical Group, Raffles Health Insurance (RHI) telah bekerjasama dengan NTUC Income untuk memperkenalkan Panel Pakar Privet IncomeShield, menawarkan pemegang polisi IncomeShield akses kepada 200 pakar perubatan privet.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, RHI akan menawarkan penilaian petanda klinikal kepada NTUC Income dan memastikan panel itu menawarkan pakar perubatan yang seimbang dari dalam dan luar Raffles Medical Group bagi memenuhi pelbagai keperluan perubatan dan penjagaan kesihatan.

