Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk Asia Tenggara belanja AS$3.7b beli 'bubble tea' pada 2021; Indonesia di tempat teratas: laporan

Aug 16, 2022 | 8:01 PM
d6b7b4ba-4fd4-4745-952a-be92ede597be
- Foto RAJ NADARAJAN

Minat mendalam pengguna berkaitan 'bubble tea' di Asia Tenggara telah membantu industri itu berkembang kepada AS$3.7 bilion ($5.11 bilion) pada 2021 - yang dibelanjakan untuk membeli 'bubble tea' dan minuman 'teh baru' serupa, menurut satu kajian yang diterbitkan pada Selasa (16 Ogos). Laporan itu, yang dilakukan secara bersama oleh syarikat usaha niaga Momentum Works dan syarikat pemula pembayaran, juga mendapati industri 'bubble tea' Indonesia menduduki tempat pertama dari segi saiz pasaran di kalangan semua negara Asia Tenggara - dengan penjualan tahunan sebanyak AS$1.6 bilion. Ini diikuti Thailand dengan penjualan tahunan sebanyak AS$749 juta melalui lebih 31,000 kedai 'bubble tea' dan saluran runcit lain. Singapura, sebagai negara terkecil di rantau ini, menduduki tempat keempat dengan penjualan tahunan sebanyak AS$342 juta, hanya di belakang Vietnam yang sebanyak AS$362 juta. Walaupun dengan saiz negara kecil, pengguna Singapura didapati mempunyai kuasa beli tertinggi, dengan harga purata pembelian 'bubble tea' hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada negara lain di rantau ini, menjadikannya negara tempat masuk yang baik bagi jenama premium, menurut penyelidik laporan itu. - BT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg