Ramalan eksport bukan minyak diturunkan antara -1 hingga -4 peratus
Ramalan eksport bukan minyak diturunkan antara -1 hingga -4 peratus
May 26, 2020 | 9:15 AM
KELAKONAN EKONOMI NEGARA: Harapan untuk melihat sekurang-kurangnya wujud beberapa pertumbuhan dalam eksport bukan minyak (NODX) tahun ini punah menyusuli ramalan penurunan sehingga 4 peratus, sedang pandemik Covid-19 terus mengakibatkan pergerakan dan aktiviti ekonomi hampir lumpuh. - - Foto: FAIL
RAMALAN bagi Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (NODX) diturunkan sehingga -4 peratus tahun ini disebabkan penularan Covid-19 yang menjejas pergerakan dan hampir menghentikan kegiatan ekonomi.
Enterprise Singapore (ESG) menurunkan ramalan antara -1 hingga -4 peratus, dari ramalan awal -0.5 dengan 1.5 peratus yang dibuat hanya Februari lalu, menurut kenyataan ESG.
Ini meskipun NODX meningkat 5.8 peratus bagi suku pertama tahun ini.

