Premium
Rangka kerja kemahiran bagi pengangkutan awam dilancar
Bantuan bagi pekerja pengangkutan awam kenal pasti, tingkat kemahiran relevan
May 31, 2018 | 5:30 AM
PERTUMBUHAN INDUSTRI PENGANGKUTAN AWAM: Lebih ramai pekerja yang mahir diperlukan bagi menyokong pertumbuhan industri pengangkutan awam. - Foto fail -
PEKERJA industri pengangkutan awam akan mendapat bantuan lanjut dalam mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk kekal relevan dalam sektor di samping laluan kerjaya dan peluang latihan.
Rangka Kerja Kemahiran bagi Pengangkutan Awam, yang dilancarkan semalam, juga akan menyokong pertumbuhan tenaga manusia dalam industri itu, dengan 8,000 pekerjaan baru dijangka diwujudkan menjelang 2030.

