Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Reddit akan berhentikan pekerja

Jun 07, 2023 | 05:41 PM



Reddit - sebuah platform forum dalam talian - akan memberhentikan pekerja mereka sehingga sekitar 5 peratus dan mengurangkan rancangan pengambilan pekerja. Ini dilakukan demi mengalihkan fokus mereka kepada pertumbuhan masa depan.

Lapor Bloomberg News, syarikat ini akan menyingkirkan sekitar 90 jawatan sepenuh masa, dalam satu memo yang dihantar kepada pekerja Reddit oleh Encik Steve Huffman, ketua pegawai eksekutif di Reddit.


Syarikat ini mempunyai sebanyak 2,000 pekerja sepenuh masa. Reddit akan mengurangkan rancangan pengambilan pekerja mereka kepada 100 jawatan baru, kurang daripada 300 sebelum ini.

“Kumpulan kami telah menyemak dan melaraskan rancangan kami sehingga tamat 2024,” ditulis Encik Huffman dalam memonya.

“Separuh pertama tahun ini baik, dan rancangan penstrukturan semula ini akan membolehkan kami meneruskan momentum bagi separuh kedua tahun ini dan masa depan.”

Encik Huffman berkata bahawa keutamaan syarikat ini termasuk “peluang bagi kami untuk pulang modal pada tahun depan” dan pembiayaan data serta peralatan antara muka pengaturcaraan aplikasi, untuk moderator platform Reddit.

Reddit turut merancang untuk menaikkan harga untuk pemaju aplikasi pihak ketiga, dan berkata ia “patut dibayar secara adil” sebelum syarikat ini menyokong pemaju-pemaju tersebut.

Akbar The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan tentang pemotongan pekerjaan di Reddit.

Reddit, sebuah platform media sosial yang memberangsangkan saham meme – atau “meme stock” – dua tahun lalu, telah memfailkan Tawaran Awam Awal (IPO) secara sulit pada lewat 2021. Namun IPO telah terbantut akibat kegawatan perbankan dan risiko kemelesetan ekonomi.

Industri teknologi telah melepaskan pekerja sejak 2022, akibat pengambilan pekerja berlebihan semasa pandemik Covid-19.

Syarikat-syarikat teknologi telah mengumumkan sekitar 136,800 pemotongan kerja yang dilakukan sepanjang Mei, menurut Challenger, Gray & Christmas. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >