Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Rekod pendapatan SIA hasil kerja persediaan yang dijalankan semasa pandemik

May 18, 2023 | 05:30 AM



KEPUTUSAN baik yang dicapai Singapore Airlines (SIA) sebahagian besarnya disebabkan oleh keupayaan kumpulan itu untuk menyediakan sumber yang betul untuk membolehkan operasi diteruskan apabila pandemik Covid-19 berakhir, kata Ketua Pegawai Eksekutif Encik Goh Choon Phong.



"Ia adalah keupayaan kami untuk menjadi yang pertama ke luar blok apabila sempadan dibuka semula," kata Encik Goh kepada penganalisis dan wartawan semasa sesi persidangan pasca keputusan pada Rabu.



"Kerja persediaan yang kami lakukan membolehkan kami menambah kapasiti dengan cepat dan berada dalam kedudukan yang kukuh untuk penuhi permintaan perjalanan yang terpendam."



Pada Selasa, SIA mendedahkan rekod hasil dan angka keuntungan bagi tahun kewangan semasa, dipacu oleh rekod jumlah penumpang yang luar jangkaan.



Keuntungan bersih mencapai $2.16 bilion bagi tahun berakhir 31 Mac, pemulihan besar berbanding kerugian sebanyak $962 juta pada tahun sebelumnya.



Keuntungan operasi SIA melonjak kepada $2.69 bilion, menghapuskan kerugian sebanyak $610 juta yang dialami pada tahun sebelumnya.



Ini berlaku di sebalik rekod pendapatan $17.78 bilion, lonjakan sebanyak 133 peratus daripada $7.62 bilion pada 2022.



Encik Goh berkata seawal 2020, ketika pandemik Covid-19 sedang melanda dan sempadan ditutup, dan SIA terpaksa menghentikan sebahagian besar operasi, syarikat penerbangan itu sudah mula merancang untuk segera bangkit apabila krisis berlalu.



Langkah utama termasuk meningkatkan ketersediaan kewangan, termasuk mengumpul $15 bilion melalui bon boleh tukar mandatori (MCB) seawal Mac 2020.



Kumpulan itu berjaya mengumpul kira-kira $23.58 bilion dalam bentuk kecairan sejak April 2020.



Langkah-langkah lain termasuk mengurangkan perbelanjaan mengikut budi bicara, merundingkan semula kontrak dengan pembekal dan kontraktor, bekukan pengambilan pekerja, memotong gaji dan menyemak semula jadual penghantaran pesawat - sekali gus menangguhkan sebanyak $4 bilion dalam perbelanjaan modal jangka pendek.



Namun begitu, SIA tetap meneruskan latihan dan peningkatan kemahiran kakitangannya.



Justeru, apabila sempadan dibuka semula, SIA punyai sumber kewangan, tenaga kerja dan operasi untuk menerbangkan pesawat dari darat dengan lebih cepat dan lebih cekap berbanding pesaingnya, jelas Encik Goh.



Faktor muatan penumpang (PLF) kumpulan itu juga melonjak 55.3 mata peratusan kepada 85.4 peratus, tertinggi dalam sejarahnya.



PLF adalah peratusan tempat duduk yang tersedia dalam penerbangan yang diisi oleh penumpang.



SIA mencapai rekod PLF sebanyak 85.8 peratus, manakala Scoot mencatat PLF sebanyak 83.9 peratus.



Penyata imbangan SIA kini lebih kukuh.



Pada Selasa, SIA mengumumkan rancangan untuk membayar dividen akhir sebanyak 28 sen sesaham untuk tahun kewangan 2022/2023.



Termasuk dividen interim sebanyak 10 sen sesaham yang dibayar pada Disember 2022, jumlah dividen sepenuhnya ialah 38 sen sesaham.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >