Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Restoran Hjh Maimunah manfaatkan teknologi perluas niaga

Aug 18, 2022 | 06:10 AM



Dengan kelonggaran langkah pengurusan selamat Covid-19, lebih banyak perniagaan makanan dan minuman (F&B) tempatan telah mengambil langkah untuk mengembangkan perniagaan mereka. BERITA HARIAN menemu bual tiga pemilik perniagaan mengenai peluang yang mendorong mereka meluaskan perniagaan mereka.



MEMANFAATKAN teknologi untuk mengembangkan perniagaan.



Itulah yang dilakukan oleh Cik Mastura Didih Ibrahim, 36 tahun, pengarah urusan Restoran Hjh Maimunah yang terkenal di Singapura.



Kini, beliau telah meluaskan perniagaannya dengan membuka sebuah lagi cawangan gerai, Hjh Maimunah Mini, Jun lalu di bangunan ibu pejabat Koufu yang terletak di Woodlands Height.



Namun, sebelum mengambil keputusan untuk meluaskan perniagannya di cawangan baru mereka di Woodlands, beliau telah menggunakan data yang telah dikumpulkan melalui pesanan para pelanggan menerusi laman web mereka serta data yang didapatkan melalui pesanan dari wadah GrabFood dan foodpanda.



Menurut Cik Mastura, usaha mengembangkan perniagaan terutamanya menggunakan konsep gerai makan 'mini' itu tercetus apabila mereka mendapat peningkatan pesanan penghantaran makanan akibat pandemik Covid-19 dan langkah pengurusan selamat yang mengehadkan jumlah para pelanggan yang boleh makan bersama di gerai.



"Semasa pandemik Covid-19, kami dapati bahawa pesanan penghantaran kami berkembang pesat dan apabila kami menggunakan data yang didapati dari laman web kami serta dari GrabFood dan foodpanda, kami sedar kawasan mana yang mempunyai tempahan yang banyak.



"Oleh itu, kami mengambil peluang itu untuk mengembangkan perniagaan kami supaya makanan kami mudah didapati oleh para pelanggan dan mereka dapat menikmati makanan kami dengan lebih kerap tanpa membayar kos penghantaran yang tinggi," ujarnya, yang menyatakan langkah peluasan seterusnya juga sudah diatur, dengan rancangan membuka sebuah lagi kedai baru Oktober ini.



Selain dari dua restoran utama di Joo Chiat Road dan Jalan Pisang yang ditubuhkan oleh ibu bapa Cik Mastura - strategi syarikat itu buat masa ini ialah membuka gerai makan yang berkonsep 'mini'.



Gerai makan berkonsep 'mini' itu adalah yang keempat dibukanya, selepas gerai serupa dibuka di pusat makanan Republic Food di City Square Mall, di Kopitiam Tampines Mall dan di Bangunan Hong Leong di bawah dewan makan The Basement yang dibuka awal tahun lalu.



Langkah meluaskan perniagaan itu diambil dengan membuat penelitian kewangan penuh berhati-hati dan ia memerlukan pertimbangan kos pelaburan, kos sewa, kos operasi dan jangkaan pelanggan yang akan melanggani gerai itu.



Menurut beliau, walaupun kos sewa bagi gerai-gerai 'mini' itu lebih mahal daripada gerai utama mereka, kos operasi gerai-gerai sedemikian kurang berbanding dengan kos operasi bagi restoran utama.



Cik Mastura juga menambah bahawa pemilik perniagaan makanan dan minuman (F&B) seringkali menghadapi kekurangan kakitangan dan kos sewa yang tinggi dan ia amat penting bagi mereka untuk mencari jalan keluar dengan memanfaatkan proses digitalisasi untuk memperbaiki proses operasi dengan menggunakan data dari para pelanggan bagi memahami keinginan para pelanggan dan menurunkan perbelanjaan para peniaga.



"Dengan mengalihkan fokus kepada menu yang lebih kecil dan menghidangkan hanya makanan yang lebih popular serta menawarkan hidangan set, ia mengurangkan pembaziran makanan dan memerlukan kurang pekerja untuk menjalankan operasi dan ini membantu untuk menjimat kos, lebih-lebih lagi di tengah-tengah sekitaran ekonomi mencabar," ujarnya, yang turut menggunakan data tempahan dari para pelanggan untuk memutuskan hidangan yang harus beliau tawarkan di gerai-gerai 'mini'.



Bagi Cik Mastura, memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan operasi telah diamalkan dalam perniagaannya sejak satu setengah tahun yang lalu dan beliau menggunakan kuali pengacau automatik, pelbagai mesin untuk mengadun, memotong dan mengupas bahan-bahan yang diperlukan serta mesin pembungkusan untuk makanan beku, pes dan sambal sedia untuk dimakan yang dijual di restoran mereka.




"...Kami mengambil peluang itu untuk mengembangkan perniagaan kami supaya makanan kami mudah didapati oleh para pelanggan dan mereka dapat menikmati makanan kami dengan lebih kerap tanpa membayar kos penghantaran yang tinggi."
- Cik Mastura Didih Ibrahim, pengarah urusan Restoran Hjh Maimunah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >